Monday , August 26 2019
Home / :BLOG: / Zuraida jangan emosi, ikut ‘kepala sendiri’

Zuraida jangan emosi, ikut ‘kepala sendiri’

Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin perlu menunjukkan disiplin yang baik dan tidak terlalu mengikut emosi serta ‘kepala sendiri’ berhubung isu video intim yang dikaitkan dengan parti itu. 

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab. Razab berkata, sebagai pemimpin senior, Zuraida sepatutnya arif mengenai tatacara PKR mengurus setiap tindakan dan keputusan.

Katanya, PKR akan sentiasa berdiri dan berlandaskan prinsip keadilan serta kesaksamaan dalam sebarang isu yang berkaitan parti itu.

“Jangan kerana terlalu mengikut emosi dan kepala sendiri, Zuraida sanggup melupakan prinsip asas ini.

“Adalah tidak tepat untuk mengatakan parti seolah-olah tidak bertindak sedangkan tindakan telah pun dimulakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang sebelum ini berkata, beliau sudah lama akan memecat Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz jika menjawat jawatan presiden. -UTUSAN ONLINE

Loading...