Beliau berkata, keputusan yang dibuat oleh kerajaan BN hanya melibatkan 11 buah IPG yang akan bertukar fungsi kepada Kolej Vokasional, Politeknik dan Permata Pintar.

“Macam mana beliau (Maszlee) boleh sebut syor penutupan 21 daripada 27 buah IPG ini merupakan polisi kerajaan terdahulu.

“Sedangkan IPG tidak pernah ditutup tetapi bertukar fungsi sahaja. Itu pun melibatkan hanya 11 IPG sahaja,” katanya yang dipetik menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Sebelum ini, media tempatan melaporkan sebanyak 21 daripada 27 buah IPG di seluruh negara akan ditutup secara berperingkat mulai tahun depan dan perkara itu menyaksikan tahun ini menjadi tahun terakhir pengambilan penuntut oleh 21 IPG terbabit.

Sementara itu, Maszlee berkata, cadangan penutupan IPG berkenaan adalah dasar kerajaan terdahulu dan beliau menafikan sebarang penutupan IPG seperti didakwa dilakukan secara berperingkat mulai tahun depan. – UTUSAN ONLINE