Zakir tuntut Ramasamy dan tiga lagi mohon maaf

KUALA LUMPUR 19 Ogos – Selepas tiga hari menuntut permohonan maaf daripada Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran, penceramah bebas Dr. Zakir Naik hari ini membuat tuntutan serupa terhadap empat lagi individu.

Mereka ialah bekas Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P. Ramasamy, Duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis Ignatius, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang kawasan Bagan Dalam, M. Satees dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Notis tuntutan dari firma guaman, Tetuan Akberdin & Co. dihantar kepada kesemua individu terbabit hari ini.

Pada 16 Ogos lalu, Zakir menuntut Kula Segaran untuk meminta maaf atas kenyataan yang dikatakan memfitnahnya melalui surat rasmi Kementerian Sumber Manusia. – UTUSAN ONLINE

Related Posts

ADVERTISEMENT

Next Post

Welcome Back!

Login to your account below

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.