Thursday , September 19 2019
Home / :BLOG: / Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika petik mangga

Wanita maut terkena renjatan elektrik ketika petik mangga

LAHAD DATU, 27 Jun – Seorang wanita warga emas maut terkena renjatan elektrik ketika memetik mangga di kebunnya di Kampung Terusan, Jalan Lahad Datu-Kunak di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, ACP Nasri Mansor berkata mangsa, Sarimah Dalam, 58, dipercayai memetik buah itu dari pokoknya menggunakan alat menjolok diperbuat daripada logam pada 10 pagi.

“Tanpa disedari mangsa, sewaktu mengambil mangga itu, alat itu tersangkut pada wayar elektrik di kawasan berkenaan.

“Mangsa yang terkena renjatan elektrik kemudian rebah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Nasri berkata, mangsa yang ditemui keluarganya terbaring kemudian dikejarkan ke Hospital Lahad Datu dan doktor bertugas mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat melecur 90 peratus.

— BERNAMA

Loading...