Home / :BLOG: / [VIDEO] Empat Pekerja Myanmar Tertimbus Tembok Penahan Tanah di Batu Ferringi

[VIDEO] Empat Pekerja Myanmar Tertimbus Tembok Penahan Tanah di Batu Ferringi

GEORGE TOWN, 25 Jun (Bernama) — Empat pekerja Myanmar maut selepas mereka tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak binaan tembok penahan tanah di Jalan Batu Ferringhi, Tanjung Bungah 9.25 malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Che Zaimani Che Awang berkata mayat pertama ditemui kira-kira 11.15 malam ini manakala mayat kedua ditemui berhampiran mayat pertama pada 12 tengah malam.

“Usaha mengeluarkan mayat giat dijalankan sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

LIHAT VIDEO: https://youtu.be/77HSP40SxUM

Loading...