No menu items!
More

    Undang-undang kawal MedSoc, Azalina troll PH pedas!

    Ogos 2018 adalah bulan pembubaran Akta AntiBerita Palsu 2018. Akta tersebut hanya mampu dilaksanakan dalam tempoh 4 bulan. Azalina hari ini “troll” Gobind, Menteri Komunikasi dan Multimedia yang ingin gubal undang-undang mengekang media sosial.
    “Aspek lain yang turut dikaji ialah mekanisme terbaik bagi memantau tindakan didalangi individu tidak bertanggungjawab dalam memanipulasi sosial media,” – Gobind Sing Deo
    Baca kandungan artikel dari Berita Harian ini. Ternyata lepas membaca anda warganet-warganet akan kesan U-Turn dan kencing lencun hancing bau tersebar ??
    Selepas empat bulan diwartakan sebagai undang-undang di bawah pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional (BN), Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dimansuhkan di Dewan Rakyat, hari ini.
    Pemansuhan itu diluluskan selepas Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018.
    Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin, berkata pemansuhan itu dibuat kerana undang-undang dan akta sedia ada memadai untuk mendakwa mana-mana pihak yang membuat berita palsu bertujuan memfitnah.
    Pada masa sama, katanya, agensi penyiasatan dan penguat kuasa akan diperkasa bagi memastikan kes berita palsu dan fitnah dapat ditangani.
    “Pemansuhan akta itu sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) yang berikrar menghapuskan akta yang menzalimi rakyat dan undang-undang ‘rimba’ kerajaan terdahulu,” katanya menggulung perbahasan RUU itu di Dewan Rakyat.
    Akta Antiberita Tidak Benar 2018 dibentangkan di Parlimen pada 27 Mac lalu, sebelum diluluskan pada 2 April, dengan pindaan terhadap hukuman penjara daripada maksimum 10 tahun kepada enam tahun.
    Mohamed Hanipa berkata, perintah sementara dalam Akta Antiberita Tidak Benar 2018 terkandung dalam undang-undang sedia ada seperti Akta Kanun Acara Jenayah.
    Katanya, akta itu dilihat mengulangi banyak peraturan dalam undang-undang lain.
    “Itulah sebabnya kita perlu memansuhkan akta ini,” katanya.
    Sepanjang penggulungan kira-kira 30 minit itu, Mohamed Hanipa diasak pelbagai celahan Ahli Parlimen pembangkang yang tidak berpuas hati sambil mengajukan soalan untuk penjelasan.

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.