Monday , August 26 2019
Home / :BLOG: / Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; Tonggong ll

Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; Tonggong ll

TONGONG II

Nga Kor Ming suruh Pemuda DAP buat laporan polis ke atas Perwakilan Dewan Muslimat PAS Puan Salamiah Mohd Nor II. Puncanya, Puan Salamiah minta kerajaan hentikan sistem pendidikan vernakular. Kata Kor Ming, sekolah vernakular terjamin di dalam perlembagaan. [1]

Saya nak bagitahu Timbalan Speaker Dewan Rakyat ni, sekolah vernakular tak ada dalam perlembagaan. Yang ada hanyalah sekolah agama / sekolah mubaligh. Tetapi selain daripada sekolah agama Islam, kerajaan tiada kewajipan menyediakan apa apa dana dari segi undang2. Ini tertulis dalam Perkara 12 (2) Perlembagaan

Sekolah vernakular diiktiraf selepas terbitnya Penyata Razak 1956. Asalnya, British nak hapuskan semua sekolah vernakular tetapi Tunku Abdul Rahman halang. Sebab itu sekolah vernakular wujud. Itupun hanya Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) sahaja yang dibenarkan. Masuk tahap menengah, semua orang kena masuk sekolah aliran kebangsaan. Dana untuk SJK masa itu tak diberi. Pengurusan sekolah kena cari sendiri.

Dana kepada SJK diberikan selepas kerajaan keluarkan Penyata Rahman Talib 1960. Tetapi kerajaan berkeras bahawa bahasa pengantar mesti kekal bahasa Melayu walaupun pertubuhan Cina mendesak bahasa Mandarin dijadikan bahasa rasmi.

Dengan kata lain, tak ada masalah mana pun kalau kerajaan nak hapus SJK atau hentikan dana kepada mereka. Tak langgar perlembagaan pun. Ia cuma melibatkan pertukaran dasar kerajaan sedia ada sahaja.

Satu lagi, kami sekolah agama rakyat ni tetap ambil SPM bila nak masuk universiti. Kami tak pakai Sijil Syahadah. Kami hormat aliran pendidikan negara. Puak kamu je degil nak guna UEC untuk masuk IPTA.

Nasib korang lah. Dapat Menteri Kewangan jenis tongong belanjawan. Dapat Timbalan Speaker pula jenis tongong perlembagaan.

#AmbilSemulaNegaraKita
#ReclaimOurNation

—-

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Bukit Tunggal Kuala Terengganu

Sumber:

[1] https://m.malaysiakini.com/news/480719

Loading...