No menu items!
More

    Tok Mat Ingatkan Ahli Perlunya Kesatuan Untuk UMNO Terus Bangkit

    SEPANG, 30 Jun – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengingatkan ahli parti agar terus bersatu padu dan meninggalkan perkara serta faktor lain yang menyebabkan parti boleh berpecah-belah.

    Pada masa yang sama beliau turut menyeru agar ahli UMNO sama-sama mengimbau dan merenung serta belajar daripada kesilapan yang lalu supaya kebangkitan UMNO dapat diteruskan tanpa boleh digangu-gugat.

    “Yang penting kita jangan berpecah-pecah. Inilah permintaan saya dan kita ambillah iktibar dengan belajar daripada kesilapan lalu untuk kita sama-sama renungkan apa sebab kita kalah selepas 61 diberikan mandat oleh rakyat.

    “Banyaklah sebabnya bak kata pepatah orang tua… sakit berpunca, mati bersebab orang tua-tua kata. Bila kencing manis ada sebabnya… makan gula banyak dan sebagainya lagi. Jadi kita lihat ada benda-benda yang berlaku di dunia ada sebab dan puncanya. Jangan kita menuding jari kepada orang dan kita kalah… 14 kali berlawan sekali kalah janganlah terus moyok. Bangun segak berjalan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO bahagian Sepang di sini, hari ini.

    Walaupun UMNO kalah sambung Mohamed, jangan sesekali menyebut parti tersebut sebagai pembangkang kerana ianya adalah sebuah perjuangan.

    “Jangan sesekali sebut UMNO ini pembangkang. UMNO bukan pembangkang. Ini adalah perjuangan kita. Yang jadi pembangkang adalah saya di dalam DUN Negeri Sembilan.
    “Parti UMNO ini parti perjuangan yang memperjuangkan maruah martabat orang Melayu… dari segi psikologinya kalau kita katakan pembangkang kita dah lemah…. Kita adalah sebuah perjuangan.

    “Saya, tuan-tuan semua adalah menyambung perjuangan yang diasaskan oleh datuk nenek moyang kita dahulu. Sampai ke zaman kita kalah nak buat macam mana,” katanya.

    Tambahnya lagi tidak ada benda yang boleh diselesaikan dan apa yang penting adalah mencari punca apa sebabnya berlaku sedemikian rupa.

    “Jangan kita bertelingkah dan berselisih faham. Kita sama-sama raikan pandangan. Tidak ada benda yang boleh diselesaikan dan cari punca apa sebab. Kita berpecah-pecah maka punca utama untuk kita bangkit semula adalah bersatu padu.

    Bersatu kita supaya kita boleh berjalan seiring dan kembali semua kepada semangat penubuhan UMNO.
    “Kalau ini dapat kita tanam dan pegang elok-elok tidak akan tersasar kita dan dah ada dalam perlembagaan kita .

    Asas utama Pertubuhan Kebangsaaan Melayu Bersatu diwujudkan tidak lain dan tidak bukan memperjuangkan maruah martabat bangsa, agama, tanah air kita,” katanya. – MediaUMNO

    Timbalan Presiden UMNO, @tokmatn9
    sambut baik pengumuman @Zahid_Hamidiuntuk kembali aktif pimpin UMNO

    LIHAT VIDEO: https://youtu.be/fqTPf3xn-0A

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.