Home / :BLOG: / Tiga saksi dipanggil Inkues Adib

Tiga saksi dipanggil Inkues Adib

Prosiding inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 Subang Jaya dekat sini bermula hari ini dijangka memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan.

Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang merupakan salah seorang pegawai pengendali berkata, tiga saksi tersebut adalah seorang pegawai polis yang menerima laporan mengenai kebakaran dalam insiden rusuhan kuil November lalu.
“Dua anggota lagi saksi yang akan dipanggil ialah bomba yang memandu Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) semasa kejadian itu.
“Kesemua saksi yang akan dipanggil untuk sepanjang prosiding seramai tujuh saksi tetapi bukan panggil semuanya hari ini,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai permohonan Jawatankuasa Menyelamat Kuil dan 50 penganut Hindu untuk menjadi pihak-pihak berkepentingan, Zhafran Rahim memaklumkan rayuan yang difailkan kedua-dua pihak tersebut ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, Jumaat lepas.
“Kita difahamkan mereka akan membuat rayuan semula di Mahkamah Rayuan,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

Loading...