Home / Berita / Tiga maut nahas tiga kenderaan

Tiga maut nahas tiga kenderaan

SEREMBAN 26 Ogos – Tiga maut dalam kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 269.9 Lebuh Raya Utara- Selatan (PLUS) arah utara dekat Bandar Ainsdale di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintenden Ibrahim Mohd. Abdul Kadir berkata, tiga yang maut ialah penunggang dan pembonceng motosikal serta pemandu lori.

“Kemalangan berlaku kira-kira pukul 10 malam melibatkan dua buah motosikal, sebuah lori tangki dan sebuah lori membawa tong gas.

“Tiga individu disahkan maut. Laluan ditutup sepenuhnya. Cuaca semasa kemalangan adalah baik,” katanya ketika dihubungi di sini.

Ibrahim berkata, kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang lima kilometer di kedua-dua arah dan laluan kontra akan dibuka.

Kemalangan itu menyebabkan puluhan tong gas bertaburan di atas lebuh raya dan menghalang laluan. – UTUSAN ONLINE

Loading...