Friday , September 20 2019
Home / Najib Razak / Tiga Bulan Ini Saja Pinjam RM30.5 Bilion, Janji Kurangkan Hutang?

Tiga Bulan Ini Saja Pinjam RM30.5 Bilion, Janji Kurangkan Hutang?

Kerajaan PH semakin bekerja kuat.

Iaitu semakin kuat meminjam.

Tiap-tiap bulan mereka meminjam sekitar RM10 bilion.

Dengan itu, hutang negara bertambah sekitar RM10 bilion tiap-tiap bulan.

Bulan Julai ini, PH pinjam RM10.5 bilion bayar dan balik RM1.1 bilion sahaja.

Bulan Jun pinjam RM8 bilion. Bulan Mei pinjam RM12 bilion. Langsung tak bayar balik satu sen.

Tida bulan ini sahaja dah pinjam RM30.5 bilion – hampir cukup untuk melunaskan semua hutang RM32 bilion 1MDB dengan sepenuhnya.

Hutang terus negara dengan rasminya telah cecah RM807 bilion berbanding RM686.8 bilion masa BN.

Setakat tahun ini sahaja, hutang sudah naik RM66 bilion.

Bon Samurai sudah masuk tapi nak tambah lagi. Bon Panda masih ditunggu Guan Eng.

Kalau hutang bertambah RM10 bilion setiap bulan, berapakah jumlah hutang negara bila sampai PRU15?

Yang dijanji mereka ialah untuk mengurangkan hutang.

Yang Rakyat dapat ialah hutang naik dengan kadar hampir 4 kali lebih cepat berbanding masa BN saya PM.

Loading...