Home / :BLOG: / Tidak wajar guna kepala surat kementerian untuk ‘urusan selekeh’

Tidak wajar guna kepala surat kementerian untuk ‘urusan selekeh’

KUALA LUMPUR 25 Jun – Menggunakan kepala surat kerajaan atau kementerian untuk ‘urusan-urusan yang selekeh’ adalah sangat tidak profesional.

Justeru, Mufti Perlis Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin mencadangkan agar menteri atau pegawai menteri yang tidak cukup pengalaman mengenai urustadbir untuk menjalani kursus.

Menurut beliau, kursus berkenaan penting agar mereka tidak bertindak secara tidak profesional.

Dr. Mohd Asri dalam satu hantaran di Facebook berkata, antara tindakan yang dianggap tidak profesional adalah penggunaan kepala surat kerajaan atau kementerian  secara tidak wajar bagi ‘urusan-urusan yang selekeh’.

“Saya mencadangkan untuk menteri-menteri atau pegawai-pegawai baru menteri yang tidak cukup pengetahuan atau pengalaman mengenai urustadbir diberikan kursus induksi.

“Ini penting supaya tidak bertindak secara yang sangat tidak profesional. Umpamanya, kepala surat (letterhead) kerajaan atau kementerian tidak wajar digunakan untuk urusan-urusan yang selekeh,” kata Dr. Mohd Asri.

Menurut Dr. Mohd. Asri, perbuatan tersebut akan mendedahkan banyak kedangkalan lain dan cara yang tidak matang.-UTUSAN ONLINE
 

Loading...