Home / :BLOG: / Tiada Dana Biaya Pesara RM1,200

Tiada Dana Biaya Pesara RM1,200

Amat sedih membaca ini.

Selepas anggota-anggota dan veteran ATM telah dihasut dan dipergunakan oleh PH sebelum PRU14, mereka kini diketepikan.

PH boleh jarah RM82 bilion dari Petronas dan melaksanakan bajet 2019 dengan perbelanjaan yang lebih besar berbanding BN

Mereka mampu memberi pelbagai peruntukan untuk sekolah-sekolah swasta yang kaya dan menyumbang RM1 bilion kepada kerajaan Pulau Pinang untuk memulakan lebuhraya termahal dalam sejarah Malaysia yang kini dibantah ramai.

Tetapi Menteri Kewayangan tak mampu menyediakan peruntukan RM53 juta untuk memberi RM1,200 kepada veteran tidak berpencen.

Dan ini bukan setiap bulan. Hanya sekali setahun.

Bukan itu sahaja malah veteran-veteran yang tidak berumahtangga juga tidak lagi mendapat BR1M.

Apatah lagi dengan kenaikkan gaji dan elaun tambahan mereka yang juga telah dinafikan oleh PH.

Saya pernah menjawat sebagai Menteri Pertahanan dan saya faham susah-payah dan pengorbanan mereka.

Mereka berkorban masa, nyawa dan meninggalkan keluarga untuk menjaga kita. Demi untuk memastikan kita lena tidur di malam hari. Menjaga sempadan, tanpa rungutan dan keluh kesah.

Sebab itulah saya perkenalkan Bantuan Bakti Negara (BBN) untuk veteran-veteran tentera tidak berpencen demi menghargai jasa pengorbanan mereka.

Tetapi PH telah mansuhkan.

Jasa Veteran Angkatan Tentera Malaysia, kita jangan dilupakan.

Loading...