Friday , August 23 2019
Home / :BLOG: / Tambah kerja di sektor swasta, wujud banyak sektor pembuatan

Tambah kerja di sektor swasta, wujud banyak sektor pembuatan

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan berhasrat membangunkan lebih banyak peluang kerja di sektor swasta dengan gaji yang lebih lumayan seperti dalam sektor pembuatan.
Perdana menteri berkata dengan kaedah berkenaan ia dapat mengurangkan kebergantungan rakyat untuk bekerja di sektor awam.
“Sebab itu kita perlu bangunkan negara dalam bidang pembuatan umpamanya supaya lebih ramai kita berpindah daripada kerja dengan kerajaan kepada kerja dengan swasta dan meningkatkan keupayaan mereka supaya hasil lebih tinggi daripada pegawai biasa dalam kerajaan,” katanya pada sesi dialog bersama warga Angkatan Tentera Malaysia di Kementerian Pertahanan di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan teknologi maklumat juga boleh membantu kerajaan mengurangkan jumlah penjawat awam.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ketika ini seramai 1.7 juta rakyat Malaysia bekerja di sektor awam dan jumlah itu terlalu besar dan perlu dikurangkan.
“Apabila saya berundur sebagai Perdana Menteri anggota pentadbiran hanya 1 juta orang sekarang seramai 1.7 juta, peningkatan sebanyak 700,000 lagi. Saya berpendapat hari ini jumlah anggota kerajaan terlalu besar dan ia perlu dikurangkan,” katanya.
— BERNAMA

Loading...