Home / Tag Archives: #Justice4Adib

Tag Archives: #Justice4Adib

Tak mustahil Adib diserang sambil EMRS mengundur

SHAH ALAM – Tidak mustahil untuk Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim terhentak ke daun pintu van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) semasa kenderaan itu sedang mengundur. Pakar fizik, Dr. Amir Radzi Ab. Ghani bebas inkues hari ke-41 berkata, tindakan itu tersebut logik mengambilkira kelajuan van dalam anggaran 10km/jam sahaja. “Sebenarnya kelajuan 10/perjam kelajuan orang boleh ikut. Maknanya dalam keadaan bergerak boleh buat …

Read More »

Inkues Adib: Empat peguam dari AGC dilantik wakili KPKT, bomba

SHAH ALAM, 26 Jun : Empat peguam dari Jabatan Peguam Negara dilantik mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menggantikan peguam Syazlin Mansor dalam inkues menyiasat kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim. Mereka ialah tiga Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan; Mazlifah Ayob dan Fadzilatul Isma Ahmad Refngah serta Peguam Persekutuan Afiq Zainal …

Read More »

Jawatankuasa Bertindak Kuil Gagal Gantung Inkues Adib

Prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim yang sedang berjalan  akan diteruskan selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan jawatankuasa bertindak kuil Sri Maha Mariamman Seafield untuk menggantung sementara prosiding itu. Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Umi Kalthum Abdul Majid yang mempengerusikan panel tiga hakim memutuskan inkues  itu adalah kes berkepentingan awam. “Kita semua tahu inkues itu adalah kes …

Read More »

Zuraida Hadir Prosiding Inkues

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin hadir ke Mahkamah Koroner di sini hari ini untuk mendengar prosiding inkues bagi menentukan punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Beliau dilihat mengikuti perkembangan prosiding inkues itu yang bermula 10.30 pagi di ruang galeri mahkamah berkenaan. Zuraida kemudian meninggalkan mahkamah kira-kira pukul 12 tengah hari. Terdahulu, ketika ditemui pemberita, Zuraida berkata …

Read More »

Arowana kenangan bersama Adib

Hanya ‘arowana’ tinggal tanda kenangan. Ikan milik Allahyarham anggota Bomba dan Penyelamat Muhammad Adib Mohd Kassim itu menjadi lambang kenangan manis dan pengalaman pernah bertugas bersama, buat rakan-rakan sekerjanya. Rakan-rakan itu dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya di sini mengambil inisiatif  menjadikan arowana tersebut tinggalan Allahyarham, sebagai haiwan angkat. Ketua BBP Subang Jaya, Timbalan Penguasa Bomba Syed Shahril Anuar Syed Sulaiman berkata pihaknya berbuat demikian selepas mendapati tiada siapa sedia memelihara ikan …

Read More »

Tiga saksi dipanggil Inkues Adib

Prosiding inkues bagi menentukan status kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim yang terbunuh dalam rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, USJ25 Subang Jaya dekat sini bermula hari ini dijangka memanggil tiga saksi untuk memberi keterangan. Timbalan Pendakwa Raya, Zhafran Rahim Hamzah yang merupakan salah seorang pegawai pengendali berkata, tiga saksi tersebut adalah seorang pegawai polis yang menerima laporan mengenai …

Read More »

Inkues Adib: Jawatankuasa menyelamat kuil fail permohonan semakan keputusan

Jawatankuasa Menyelamat Kuil Sri Maha Mariamman Seafield hari ini memfailkan permohonan semakan keputusan Mahkamah Koroner yang tidak membenarkan mereka menjadi pihak berkepentingan dalam prosiding inkues bagi menyiasat punca kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim. Peguam M.Visvanathan yang memfailkan permohonan itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini berkata pihaknya mahu mengambil bahagian dalam prosiding inkues itu yang bermula 11 …

Read More »
Loading...