Home / :BLOG: / Sempat pakai tak sampai 1 jam, baju raya rabak tersangkut rantai motosikal

Sempat pakai tak sampai 1 jam, baju raya rabak tersangkut rantai motosikal

SEBAHAGIAN baju raya koyak rabak akibat tersangkut rantai motosikal, namun mujurlah tuan badan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Begitulah yang berlaku terhadap Siti Nur Amira Fadlisham pada hari pertama lebaran.

Menurut gadis berusia 16 tahun yang mesra disapa Mira itu, kejadian berlaku sewaktu dia sedang menunggang motosikal untuk beraya ke rumah rakannya.

“Saya bawa motor perlahan je, ada kawan seorang kat belakang. Dia suruh berhenti sebab kain saya tersangkut.

“Kain saya dah angkat sebenarnya, tapi ia terbang sebab berangin naik motor.

“Masa tu hampir jatuh tapi nasib baik sempat brek. Bila tengok, kain saya dah tersangkut. Kami terpaksa gunting, memang rosak terus kain tu.

“Sempat pakai sejam je, tapi benda dah nak jadi, kena terima dan reda la,” ujar Mira sewaktu dihubungi pada Khamis.

Menurut Mira lagi, baju raya itu dibeli sebelum bulan Ramadan dan ia berharga sekitar RM300.

Namun katanya, mujurlah dia ada sepasang lagi baju raya yang dirancang untuk dipakai pada hari raya kedua.

“Mak tak marah, cuma ayah marah sikit. Katanya, dah tahu baju labuh nak bawa motor juga.

“Nasib baik ada satu lagi baju. Ingat nak pakai masa raya kedua, tapi terpaksa pakai awal sebab baju pertama tu dah rosak,” ujar gadis yang menetap di Seberang Perai, Pulau Pinang itu.

Kata Mira, dia juga sedikit trauma dengan kejadian itu memandangkan pernah terlibat dengan kemalangan pada Oktober tahun lalu.

Akibat kejadian berkenaan, Mira mengambil masa hampir lima bulan untuk pulih kerana mengalami kecederaan patah paha kiri dan tulang belakang.

“Saya bersyukur sebab baju je yang masuk, kalau cedera kaki, ya Allah macam mana nak raya?

“Sebab tahun lepas saya pernah kemalangan, tapi sekarang dah ok. Cuma takut terjadi lagi sekali,” kata Mira lagi.

Loading...