Home / :BLOG: / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia sedang dikaji dan diperkemas

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia sedang dikaji dan diperkemas

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memberikan punca kuasa penguatkuasaan media sosial dan internet kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang dikaji dan diperkemaskan untuk memastikan skop dan penggunaannya tidak memberi ruang untuk disalahgunakan.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata ia antara usaha yang dilakukan MCMC bagi memastikan sebarang anasir yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat dan negara dapat dikawal dan dibendung sepenuhnya.

“Selain itu, suruhanjaya itu akan mempergiatkan lagi aktiviti mendidik masyarakat melalui program-program advokasi Klik Dengan Bijak untuk memupuk pembudayaan penggunaan internet secara positif dan berhemah,” menurut kenyataan itu

Loading...