Home / :BLOG: / Segera Bertindak Tegas Terhadap Foo Sing Wei

Segera Bertindak Tegas Terhadap Foo Sing Wei

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak Polis DiRaja Malaysia agar segera bertindak terhadap pemilik laman sosial facebook Foo Sing Wei yang secara biadap menghina Islam dan Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW melalui beberapa status yang dimuatnaik.

Foo Sing Wei yang juga penyokong tegar Pakatan Harapan (PH) nampaknya begitu angkuh walaupun sebelum ini dikritik oleh pelbagai pihak di kalangan warga netizen di laman facebook beliau.

Rakyat tentunya tertanya-tanya kenapakah di zaman Kerajaan PH yang kononnya peneraju Malaysia Baharu kini, makin menjadi-jadi sikap rasis dan tindakan penghinaan kepada Islam? Semacam ada dua piawai yang berbeza digunapakai. Apabila orang Melayu-Islam dituduh rasis begitu pantas sekali tindakan diambil.

Sedangkan beberapa kes sebelum ini yang menyaksikan kebiadaban segelintir individu seperti Foo Sin Wei ini begitu lambat tindakan diambil walaupun berpuluh laporan polis dibuat. Pemuda UMNO berharap tiada sikap pilih kasih pihak kerajaan terhadap sesiapa jua yang memainkan sentimen perkauman dan penghinaan terhadap mana-mana Agama.

Rakyat hakikatnya merindui zaman kegemilangan Malaysia yang cukup harmonis dalam kepelbagaian agama dan kaum tanpa perlu hanya beretorik dengan label ‘Malaysia Baharu’! 

Dr. Asyraf Wajdi Dusuki
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

19 Februari 2019

#TolakKerajaanPHRetorik

Loading...