Home / :BLOG: / Saya tiada maklumat berkaitan RM90 Juta

Saya tiada maklumat berkaitan RM90 Juta

Nik Mohamad Abduh

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung dakwaan beberapa anggota parti itu termasuk dirinya telah menerima dana sebanyak RM90 juta daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau turut mendakwa beberapa individu yang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini telah ‘tersalah orang’.

“Saya dipanggil (SPRM Kelantan) kerana ada beberapa laporan (kepada SPRM) pasal dana RM90 juta tu lah. Saya fikir mereka yang buat laporan terhadap saya tu salah orang kot. Saya tak ada maklumat pasal dana RM90 juta.
BERNAMA

Loading...