Home / Najib Razak / Sasaran Bajet 2019 Pun Lari

Sasaran Bajet 2019 Pun Lari

Dengan kenyataan Menteri Kewayangan ini, harapan hutang negara benar-benar mencapai RM1 Trilion bertambah cerah.

Defisit negara adalah bila perbelanjaan melebihi hasil negara.

Lebih besar defisit, lebih banyak lagi wang yang perlu dipinjam untuk menampung defisit.

Defisit negara dalam peratusan KDNK sebenarnya telah mengurang setiap tahun untuk 8 tahun berturut-turut masa saya PM.

Pada tahun 2017, defisit turun menjadi 3% dari KDNK, diunjur turun lagi ke 2.8% untuk tahun 2018 dan selepas itu dijangka turun ke 0% ataupun bajet berimbang pada tahun 2020.
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/bajet-berimbang-tahun-2020-masih-jadi-sasaran-najib-52567

Tetapi apabila PH menang, mereka naikkan defisit untuk tahun 2018 kepada 3.7%, kepada 3.4% untuk 2019 dan 3.0% untuk 2020.

Kini, Guan Eng kata ianya sukar untuk mencapai sasaran defisit 3.0% untuk tahun 2020 yang dia sendiri pernah janji.

Amaran dah diberi awal-awal bahawa kewangan negara sudah tidak boleh dikawal.

Saya tengok sasaran bajet untuk tahun 2019 pun sudah lari.

Yang disasar ialah defisit 3.4% dari KDNK untuk seluruh tahun ini ataupun disekitar RM52 bilion.

Tapi untuk 6 bulan pertama tahun ini, sudah pinjam RM63 bilion dan hutang terus negara telah mencecah RM804 bilion.

Ini bermaksud bajet tahun ini sudah pecah setakat ini.

Namun, kerajaan PH memberitahu penganalisis ekonomi mereka akan buat sesuatu untuk memastikan sasaran 3.4% akan dicapai.

Bagaimana?

Jarah dari PETRONAS serta BNM, jual aset negara, kenakan lagi banyak cukai, bantuan dimansuhkan atau tarik balik subsidi petrol.

Itu hanya pilihan-pilihan yang PH ada untuk tahun ini jika masih mahu mencapai defisit 3.4% untuk tahun ini.

Yang lebih membimbangkan ialah tahun depan belum mula lagi, Guan Eng dah awal-awal beri amaran bahawa bajet untuk tahun 2020 juga akan pecah.

Sasaran defisit 3% susah untuk dicapai, kata dia.
(Susah apa? Kan defisit tahun 2017 di bawah BN pun dah capai 3%?)

Jika defisit 3% untuk tahun 2020 sukar untuk dicapai maka ini bermaksud bajet tahunan negara sehingga tahun 2023 masa PRU15 juga akan tetap bajet defisit.

Bermaksud juga bahawa hutang terus negara tidak akan turun satu sen pun sehingga PRU15.

Malah, hutang akan bertambah dengan kadar lebih cepat lagi kerana defisit negara di bawah PH adalah jauh lebih tinggi berbanding masa BM.

Bertambahlah sehingga tercapainya impian PH untuk hutang negara benar-benar mencecah RM1 trilion.

Loading...