Home / :BLOG: / Remaja maut kereta terhumban dalam gaung
Gambar Hiasan

Remaja maut kereta terhumban dalam gaung

GERIK – Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun maut selepas kereta dinaiki bersama kedua ibu bapanya terhumban ke dalam gaung di KM 58.4 Jalan Gerik-Jeli di sini semalam.

Dalam kejadian itu, Muhammad Syahmi Norazizan meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat kecederaan parah di kepala di Hospital Gerik.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan kemalangan itu pada jam 5.30 petang.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati Proton Exora yang dinaiki tiga beranak dari arah Gerik menuju ke Jeli.

“Sampai di tempat kejadian, ketika mendaki bukit kereta dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan lalu melanggar besi penghadang tepi jalan sebelum terjatuh ke dalam gaung,” katanya.

Menurutnya, akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Ibu mangsa berusia 46 tahun telah dirujuk ke HRPB (Hospital Raja Permaisuri Bainun), Ipoh akibat pendarahan dalam kepala manakala ayahnya berusia 48 tahun cedera ringan.

“Siasatan mendapati keadaan jalan basah kerana cuaca hujan. Kereta tidak dapat dikeluarkan dari lokasi kejadian,” katanya.

Ismail berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SH

Loading...