Monday , August 26 2019
Home / Najib Razak / Ramai yang tanya apakah impak menjual aset negara.

Ramai yang tanya apakah impak menjual aset negara.

Ramai yang tanya apakah impak menjual aset negara.

Selain dari kehilangan kuasa kawalan ke atas aset-aset ini, negara juga rugi dari segi kewangan jika aset negara dijual secara lambak dengan alasan kerana nak membayar balik hutang.

Biar saya jelaskan.

Nilai aset bersih (iaitu selepas ditolah hutang) Khazanah naik dari RM33.7 bilion pada tahun 2008 ke RM115.6 bilion pada akhir tahun 2017 iaitu dalam tempoh saya PM.

Ini adalah kadar kenaikan nilai 14.7 % setiap tahun atau compound annual growth.

Katakanlah aset yang dijual oleh kerajaan PH adalah RM50 bilion dan katakanlah kadar kenaikan nilai 14.7% akan berterusan.

Selepas 25 tahun nilai RM50 bilion ini akan berganda menjadi RM1.54 trilion.

Bermakna aset-aset ini akan bertambah nilai RM1,490 bilion (setelah tolak nilai asal RM50 bilion).

(saya pakai tempoh 25 tahun kerana ini juga tempoh yang digunakan Guan Eng untuk mengira liabiliti pajakan PPP yang dia masukkan untuk menjadikan hutang negara kita kononnya RM1 trilion)

Kos faedah untuk hutang kerajaan kini adalah 3.6% setahun atau RM1.8 bilion setahun untuk hutang RM50 bilion.

Kalau 25 tahun pun, jumlah faedah yang perlu dibayar adalah RM45 bilion.

Sekarang kita perlu tanya. Mana yang lebih besar?

Kenaikan aset RM1,490 bilion atau penjimatan faedah sebanyak RM45 bilion selepas 25 tahun?

Kalau tanya akauntan tak bertauliah yang boleh salah titik perpuluhan, mungkin dia akan jawab 45 adalah angka lebih besar berbanding 1,490.

PH memberi alasan bahawa mereka perlu jual aset untuk mengurangkan hutang negara.

Tapi yang peliknya pula ialah satu sen hutang pun tak berkurang.

Malah hutang bertambah RM120 bilion lagi kerana kerajaan PH sedang meminjam pada kadar 4 kali ganda lebih cepat berbanding zaman kerajaan BN semasa saya PM.

Loading...