Home / Berita / Rakaman Video Bukti Nyata, Mahathir Pembohong Lagi Pemfitnah!

Rakaman Video Bukti Nyata, Mahathir Pembohong Lagi Pemfitnah!

Sila tonton balik klip video ini sebelum membaca.

Tuduhan saya jual negara adalah antara propaganda menipu utama terhadap saya dan BN sebelum PRU14.

Selepas PRU14, ramai yang telah sedar bahawa ini satu fitnah.

Kerana selepas PRU14, rakyat sudah tahu:

1. Projek Forest City juga diteruskan tanpa sebarang perubahan oleh kerajaan PH selepas PRU14.

2. PH telah jual IHH Berhad kepada Jepun dengan nilai RM8.4 bilion
https://www.freemalaysiatoday.com/…/khazanah-setuju-jual-p…/

3. PH telah jual satu projek Singapura dengan nilai RM4.73 bilion.
https://malaysiadateline.com/ms-milik-khazanah-jual-ruang-…/

4. PH telah jual 60% kepentingan dalam projek Bandar Malaysia dengan harga RM7.4 bilion pada bulan April 2019.

Wang deposit sahaja telah kutip RM1.24 bilion.

“Dalam pada itu, kerajaan mengalu-alukan komitmen ICSB untuk membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM500 juta sebagai tambahan kepada jumlah deposit asal RM741 juta dibayar dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh kerajaan secara rasmi meneruskan semula projek itu.”
https://www.sinarharian.com.my/…/Projek-Bandar-Malaysia-dit…

5. Banyak lagi telah jual seperti saham CIMB, saham (hampir RM3 bilion), saham TNB (RM1 bilion), syarikat M1 (RM1.65 bilion) dan lain-lain.

6. PH telah pinjam RM120 bilion lagi termasuk RM7.3 bilion bon Samurai.

7. PH telah jarah RM82 bilion dari PETRONAS dari rizab RM174 bilion ditinggalkan BN pada PRU14. Sehingga PETRONAS diturunkan penarafan pada bulan Jun lalu.
https://www.bharian.com.my/…/moodys-turun-penarafan-petronas

Oleh itu, jelas bahawa kerajaan BN dahulu tidak terdesak sehingga perlu jual tanah jika sekadar mahu membayar balik hutang sebanyak US$600 juta (RM2.5 bilion) seperti didakwa oleh orang dalam video ini.

Saya faham bahawa ramai mungkin tertipu oleh propaganda dia pada masa itu kerana tidak dapat membuat pembandingan atau kurang faham tentang isu sebenar sebelum PRU14.

Tetapi sekarang sudah lain.

Sekarang rakyat faham dan boleh menilai siapa jual negara dan siapa yang bina aset negara.

Loading...