Friday , August 23 2019
Home / :BLOG: / #PRKSemenyih [VIDEO] Parti Hancing Kata Pengundi

#PRKSemenyih [VIDEO] Parti Hancing Kata Pengundi

Penghuni kawasan Semenyih menyatakan ketidakpuasan hati akan kerajaan yang ada sekarang. Kos sara hidup, prasarana dan janji-janji yang tidak tertunai menyebabkan pengundi Semenyih ini lafazkan ‘Parti Hancing’!

Masakan tidak hancing…KDN pun boleh lepaskan individu hina Rasulullah SAW dengan hanya jaminan polis. Tidak setimpal. Ikuti juga kenyataan media bersama Ketua Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda PAS ini: –

*KENYATAAN BERSAMA PEMUDA UMNO DAN PEMUDA PAS :*
*DESAK PEGUAM NEGARA AMBIL TINDAKAN SEGERA MENDAKWA INDIVIDU YANG MENGHINA NABI MUHAMMAD S.A.W.*

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) dan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) pada hari ini bersepakat untuk mendesak pihak Peguam Negara *agar SEGERA mendakwa Foo Sing Wei yang telah dibebaskan atas jaminan polis setelah ditahan kerana memuat naik status menghina Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.*

Perbuatan beliau bukan sahaja telah mengguris perasaan bahkan menyemarakkan kemarahan umat Islam di Malaysia. Malah perbuatan tersebut jelas boleh disabitkan sebagai kesalahan jenayah di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara mandatori hingga 5 tahun.

Sesungguhnya penghinaan yang dilakukan terhadap Junjungan Mulia SAW adalah suatu yang amat serius dan tidak boleh dimaafkan begitu sahaja.

Pemuda UMNO dan PAS juga meminta Pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar memaklumkan status terkini siasatan kepada rakyat terutama umat Islam yang amat marah dan beremosi dengan isu ini.

Justeru sekali lagi kami mendesak agar pihak Peguam Negara menyegerakan pertuduhan terhadap pelaku di mahkamah dan mendakwa beliau di bawah Kanun Keseksaan bagi memberikan isyarat tegas bahawa sebarang penghinaan bukan sahaja kepada Islam bahkan kepada mana-mana agama sekalipun adalah suatu yang tidak boleh dikompromikan dan perlu dihukum dengan hukuman yang paling keras agar perbuatan jenayah seperti ini tidak berulang.

*Pemuda UMNO dan Pemuda PAS tidak akan  teragak-agak untuk kembali MENGGERAKKAN RAKYAT BERHIMPUN SECARA AMAN di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia bagi menzahirkan ketidak-puasan hati sekiranya wujud sikap pilih kasih dan tindakan sambil lewa terhadap penjenayah yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW!*

*Dr. Asyraf Wajdi Dusuki*
_*Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia*_

*YB Ustaz Muhammad Khalil Abdul Hadi*
_*Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia*_

24 Februari 2019

*Sila Klik Link di Bawah*

https://www.facebook.com/116331768396879/posts/2539106036119428?sfns=mo

Loading...