#PRKSemenyih Usah Cemburui Hubungan UMNO-PAS


Terima kasih kepada PAS kerana mengeluarkan kenyataan rasmi untuk terus membantu BN dalam PRK Semenyih, sekaligus menggagalkan usaha Tun Mahathir (Tun M) yang cuba mencetuskan kesangsian terhadap kerjasama UMNO-PAS yang ternyata mendapat sokongan besar majoriti umat Islam.

Hakikatnya Tun M memang pakar mengalihkan masalah dalaman PH yang makin kronik. Semua tertanya-tanya di mana pimpinan utama DAP dan PKR selain Lim Guan Eng dan Azmin Ali di Penamaan Calon kelmarin?

Ramai maklum keyakinan DAP terhadap keikhlasan PPBM semakin tercabar. Bukan sahaja penglibatan yang amat minimum kepimpinan PPBM waktu PRK Cameron Highlands baru-baru ini yang menyebabkan DAP kalah besar, malah strategi Tun M dengan menerima _’sampah-sampah UMNO’_(istilah yang digunakan pimpinan DAP merujuk ahli-ahli Parlimen UMNO yang lompat parti) ke dalam PPBM menambah kemarahan DAP. Apakah kurangnya bilangan pimpinan DAP kelmarin adalah petanda sabotaj awal DAP terhadap calon PPBM?

Masalah integriti dan kredibiliti pimpinan PPBM dalam Kabinet seperti sijil akademik palsu juga mula menjadi buah mulut bebanan kepada PH, tidak termasuk tindakan Tun M mengisytiharkan kemasukan PPBM ke Sabah yang sekaligus menambah lagi siri-siri helah muslihat Tun M terhadap perjanjian asal dengan PH termasuk parti Warisan Sabah.

PKR juga menerima kesan besar strategi pecah perintah Tun M sehinggakan makin lama makin terserlah cakap-cakap yang mengatakan Tun M sekali lagi akan memungkiri janjinya untuk tidak membenarkan Anwar Ibrahim menjadi PM ke-8. 

Terbaru walaupun Anwar merupakan Menteri Kewangan yang bertanggungjawab sewaktu Majlis Tindakan Ekonomi Negara awal 1998 dulu, nama beliau langsung tidak dipilih keanggotaan MTEN kali ini. 

Sebaliknya pencabar utama Anwar, Azmin Ali terus diberikan pelbagai amanah penting termasuk terbaru mempengerusikan Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan. 

Buat pejuang-pejuang UMNO dan PAS di semua peringkat, jangan sesekali hilang fokus! Walaupun belum ada kesepakatan rasmi antara keduanya, namun kerjasama yang terjalin kini amat didambakan oleh rakyat. Kita terus kukuhkan persefahaman dan kerjasama atas dasar Islam dan penyatuan ummah

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
Loading...