Wednesday , September 18 2019
Home / :BLOG: / #PRKSemenyih SetPol PM pun tak ukur 3 Meter

#PRKSemenyih SetPol PM pun tak ukur 3 Meter

Kandungan akhbar Kosmo :-
Kerajaan menetapkan perokok hanya boleh menghisap rokok pada jarak 3 meter dari kawasan restoran dan tempat makan selepas undang-undang mengenainya dikuatkuasakan tahun depan.
Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, ia selari dengan keputusan kerajaan yang menetapkan premis makanan dan restoran sebagai kawasan la­rangan merokok.
Katanya, pemilik juga tidak boleh menyediakan kawasan merokok di dalam premis.
“Ia termasuk penggunaan vape dan shisha yang mengandungi tembakau dan nikotin,” katanya pada sidang akhbar pada persida­ngan Dewan Negara di bangunan Parlimen di sini semalam.
Tambahnya, perokok yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000, manakala pemilik premis yang tidak menguatkuasakan lara­ngan boleh didenda RM3,000 jika sabit kesalahan.
Menurut Boon Chye, pengusaha restoran tidak mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan sekiranya pelanggan mereka berdegil, namun mereka bertanggungjawab untuk meletakkan notis larangan merokok.
“Pemilik boleh menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di nombor 03-8892 4530. Kita mempunyai 5,008 anggota penguat kuasa yang terdiri daripada Penolong Pegawai Persekitaran dan Pegawai Kesihatan Persekitaran,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Datuk Ayub Khan berkata, pihaknya menyambut baik peraturan kerajaan itu.
“Sebelum ini kami ada mencadangkan supaya perokok diberikan amaran sebelum semua restoran diwajibkan mempamerkan papan tanda lara­ngan merokok.
“Apa yang penting, pelaksa­naan undang-undang itu tidak akan menjejaskan perniagaan,” katanya ketika dihubungi semalam.
Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berharap peraturan itu akan menyebabkan perokok berhenti menghisap rokok.
“Memang akan berlaku sedikit penurunan pendapatan tetapi apa salahnya kalau untuk kebaikan semua pihak,” jelasnya.

Loading…

Loading...