No menu items!
More

    #PRKSemenyih PM Patut Kurangkan Anggota Kabinet, Bukan Penjawat Awam

    Kerajaan didesak supaya mengecilkan jumlah anggota Kabinet terlebih dahulu, bukannya mahu mengurangkan jumlah penjawat awam di negara ini.
    Penolong Setiausaha Pemuda UMNO Selangor, Datuk Noorazley Yahya beranggapan hal ini kerana selepas sembilan bulan mentadbir negara, rakyat sudah pun dapat melihat majoriti menteri yang dilantik gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.
    Katanya, menteri yang dilantik telah gagal menangani isu kos sara hidup yang masih tinggi, peningkatan harga barangan, penurunan harga komoditi dan bantuan yang selama ini dinikmati rakyat pula dimansuh atau dikurangkan.
    “Pemuda UMNO Selangor kesal dengan cadangan kerajaan yang mahu jumlah penjawat awam dikecilkan. Lebih malang, cadangan ini dikeluarkan selepas seminggu kerajaan memberi ‘amaran’ supaya penjawat awam berpegang kepada prinsip taat setia terhadap kerajaan yang memerintah.
    “Perkara ini juga bertentangan dengan jaminan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sendiri beberapa hari selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang menegaskan jumlah penjawat awam tidak akan dikurangkan walaupun berlaku penstrukturan semula kementerian seiring dengan pertukaran kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
    Semalam, Dr. Mahathir berpendapat jumlah penjawat awam yang dimiliki kerajaan ketika ini adalah terlalu besar dan perlu dikurangkan.
    Perdana Menteri yang berkata demikian dalam sesi soal jawab ketika mengadakan lawatan ke Kementerian Pertahanan turut memberitahu jumlah terkini penjawat awam adalah seramai 1.7 juta, peningkatan mendadak sejak beliau meninggalkan pentadbiran negara pada tahun 2003.
    – UTUSAN ONLINE

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.