Home / :BLOG: / #PRKSemenyih Perubahan Sikap Pengundi Cina

#PRKSemenyih Perubahan Sikap Pengundi Cina

Penerimaan pengundi Cina kepada Barisan Nasional (BN) dilihat berubah menuju hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, 2 Mac depan.

Calon BN, Zakaria Hanafi berkata, pengundi-pengundi masyarakat Cina di Semenyih dilihat mahu mengalihkan sokongan daripada Pakatan Harapan (PH) kepada BN akibat kegagalan kerajaan menunaikan janji-janji yang ditabur sebelum pilihan raya umum tahun lalu.
“Masalah kebanyakkan masyarakat Cina di Semenyih adalah melibatkan urusan perniagaan termasuklah mengenai lesen dan kemudahan. Isunya kini adalah mereka juga marah dengan janji janji kerajaan PH yang tidak tertunai.
“Nampak perubahan, bila kami datang mereka menerimanya dengan baik, dulu jika calon BN datang mahu bersalam ada yang tidak mahu bangun tapi sekarang berubah. Mereka mahu BN jadi pembangkang yang kuat dan beri tekanan kepada kerajaan PH di Selangor,” katanya.
Zakaria berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bertemu dan beramah mesra dengan penduduk di Kampung Baru Semenyih di sini hari ini.
Jumlah pengundi berdaftar bagi DUN Semenyih adalah sebanyak 54,471 pengundi dan daripada jumlah tersebut, pengundi Melayu merupakan yang terbesar iaitu iaitu meliputi 69.2 peratus, Cina, (16.8 peratus) dan India 13.3 peratus.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 2 Mac ini sebagai hari mengundi bagi PRK Semenyih, manakala tarikh mengundi awal pada 26 Februari.
PRK Semenyih diadakan susulan kematian penyandang kerusi tersebut daripada PH, Bakhtiar Mohd. Nor akibat serangan jantung pada 11 Januari lalu. – UTUSAN ONLINE

Loading...