Home / :BLOG: / #PRKSemenyih Peluang BN kini 60 peratus

#PRKSemenyih Peluang BN kini 60 peratus

Berbaki empat hari lagi menjelang tarikh pengundian, Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada 2 Mac ini, peratusan peluang untuk Barisan Nasional (BN) memenangi semula kerusi tersebut semakin meningkat.
Perjalanan kempen yang lancar serta gerak kerja antara parti komponen BN serta dibantu Pas merupakan faktor yang dilihat oleh calon BN, Zakaria Hanafi dapat memberikan perubahan dalam keputusan pengundian Sabtu ini.
“Kempen berjalan lancar, semangat jentera bertugas juga semakin memuncak menuju hari pengundian.
“Pas juga nampak ikhlas membantu kita menerusi perancangan-perancangan mereka. Kita ada empat hari lagi menjelang hari pengundian dan peluang kini saya lihat untuk BN adalah 60 peratus,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis minum petang bersama veteran-veteran Melayu di Dewan Sri Cempaka, Dataran Dato’ Mohd. Said di sini hari ini.
Sementara itu, mengulas proses pengundian awal yang berlangsung esok, Zakaria berharap anggota polis yang terlibat dapat membuat pilihan tepat.
“Saranan saya supaya mereka melaksanakan tanggungjawab dan buat pilihan tepat, jika saya tentulah berharap mereka mengundi BN.
“Beri kepercayaan kepada kami untuk mengubah semula keadaan, supaya pembangkang dapat suara tembahan di DUN Selangor dan say berjanji untuk menjadi pembangkang yang berwibawa,” katanya.
– UTUSAN ONLINE

Loading...