No menu items!
More

    #PRKSemenyih Malaysia Baru, Menurut Biar Berakal

    Rakyat berhak memilih, berhak mengkritik dan berhak menuntut apa yang terbaik untuk mereka dan negara terutama dalam semangat Malaysia baharu.

    Justeru, seruan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya rakyat Malaysia menyokong kerajaan Pakatan Harapan (PH)  bagi memudahkan kerajaan membuat kerja serta melaksanakan dasar disifatkan sebagai semberono dan pukul rata.
    Naib Presiden UMNO, Datuk Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana, seruan tersebut seolah-olah satu tamparan tersirat kepada rakyat, kerajaan PH seperti menyalahkan rakyat kenapa segala dasar dan pelan kerajaan gagal, tertangguh atau terpaksa dibatalkan.
    “Sedangkan, hakikatnya jelas, pelan-pelan dan inisiatif kerajaan hari ini yang tidak realistik serta tidak mengambil kira keperluan rakyat dan paling penting tidak disandarkan pada satu hala tuju yang jelas.
    “Saya faham kekecewaan Tun Dr. Mahathir di mana hampir semua menteri yang tidak lekang dengan kontroversi rata-ratanya daripada parti Bersatu, ijazah palsu, tidak tamat belajar serta pelbagai masalah integriti yang lain, sudah pasti perkara itu memalukan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.
    Mohamed Khaled menegaskan rakyat mempamerkan rasa tidak puas hati bukan secara suka-suka tetapi kekecewaan mereka bersebab dan berasas terutama dengan ketiadaan dasar serta hala tuju negara yang jelas selain pendekatan semasa dilihat sangat tidak mesra rakyat.
    Beliau berkata, apabila rakyat yang sebelum ini dipuji habis-habisan kerana berani menukar kerajaan, maka mengecam prestasi kerajaan semasa adalah sesuatu yang mesti diraikan.
    “Adalah tidak adil dan bersikap double standard dengan hanya memuji keberanian rakyat secara berpilih-pilih mengikut apa yang menyebelahi Pakatan Harapan (PH) sahaja kerana rakyat berhak memilih, mengkritik dan menuntut apa yang terbaik bagi mereka dan negara.
    “Justeru, dalam segala kekalutan dasar kerajaan PH, adakah YAB Tun masih mengharapkan rakyat hanya menyokong serta menurut secara membuta tuli sahaja? 
    Tentu tidak kerana inikan Malaysia Baharu dan rakyat percaya pada satu perkara – menurut biar berakal,” katanya. – UTUSAN ONLINE

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.