No menu items!
More

    Pindaan perlembagaan UMNO bukan dibuat untuk singkir sesiapa – Tok Mat

    JOHOR BAHRU – Proses cadangan pindaan Perlembagaan UMNO bukan dibuat untuk menyingkir atau menjatuhkan mana-mana pemimpin seperti dakwaan sesetengah pihak, tegas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

    Menurutnya, cadangan pindaan itu adalah bertujuan untuk membuka UMNO seluas-luasnya terutama kepada anak-anak muda yang berminat menjadi ahli parti kerana proses sedia ada menyukarkan mereka memohon menjadi ahli tetap.

    Beliau berkata, bagi mana-mana pemimpin yang sedang berdepan proses perundangan, UMNO tidak akan mendahului mahkamah untuk membuat sebarang keputusan.

    “Dalam syarat Pendaftar Pertubuhan (ROS) juga sudah jelas bahawa mereka yang dijatuhi hukuman tidak boleh memegang jawatan atau bertanding, jadi sudah jelas di situ UMNO tidak perlu buat apa-apa pindaan, UMNO akan ikut peraturan ROS juga.

    “Jadi, tidak timbul soal kita nak gugurkan mana-mana pemimpin, tidak timbul soal kita nak singkir orang itu dan ini, kita tidak ada mana-mana kem, kita hanya ada satu kem…iaitu kem UMNO, kita perlu terus berusaha perkasakan parti kita,” katanya selepas merasmika Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru di sini hari ini.

    Mohamad berkata, ramai anak muda dan pelbagai pihak mahu membantu UMNO dan atas sebab itu juga cadangan pindaan perlembagaan yang dibuat adalah untuk membolehkan mereka mendaftar secara dalam talian sekali gus ia memudahkan proses mencari ahli baharu.
    Tambahnya, pada masa sekarang, jika mahu menjadi ahli UMNO perlu mendapat kelulusan Ketua Cawangan dan dengan menerusi cadangan pindaan itu mereka hanya perlu isu borang dalam talian dan boleh memilih cawangan atau bahagian mana yang mahu disertai.

    “Ramai anak muda yang nak menceburi bidang politik, tapi susah sangat nak jadi ahli UMNO, ada sampai tiga kali isi borang pun tak dapat jadi ahli kerana minta maaf cakaplah ada Ketua Cawangan yang takut anak-anak muda yang berkelayakan…jangan takut ini proses yang natural.

    “Dan kita akan mendengar pendapat daripada semua negeri, kita bentang dan bincangkan. Proses itu baru sahaja pertengahan jalan, semua itu akan dibawa ke peringkat cawangan dan bahagian sebelum Majlis Tertinggi bawa ke mesyuarat agung nanti…kalau setuju…setujulah, kalau tidak setuju…tidak setujulah,” katanya.

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.