PH Tak Gentar Tapi Banyak Keluar Kenyataan

Serius ini saya tak faham.

PH kata mereka tak gentar dan tak bimbang dengan kerjasama PAS dengan UMNO.

Tetapi apa yang saya tengok ialah satu persatu pemimpin-pemimpin PH berebut-rebut untuk mengeluarkan kenyataan akhbar untuk menyatakan mereka tidak  gentar atau bimbang dengan kerjasama PAS dengan UMNO.

Kalau tak gentar dan tak bimbang, tak payahlah PH keluarkan begitu banyak kenyataan yang berbunyi sama untuk menyatakan mereka tak gentar dan tak bimbang.

Lebih baik jika kita fokus kepada isu ekonomi negara yang terus merosot, kos sara hidup yang semakin naik dan skandal berbilion-bilion ringgit terowong Pulau Pinang yang kerajaan PH masih tidak mahu menjawab.

Artikel susulan Page Najib Razak

Barisan Nasional ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1974.

Parti-parti pengasas semasa BN ditubuhkan adalah UMNO, MCA, MIC, PAS, PPP, GERAKAN, SUPP, PBB dan Perikatan Sabah.

Allahyarham ayahanda saya Tun Abdul Razak merupakan penggerak utama dan presiden pertama BN.

Barisan Nasional ditubuhkan dengan matlamat membina sebuah negara yang progresif dan di atas dasar membela dan memelihara penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
Loading...