Home / :BLOG: / Pengundi Halang PRK Dun Semenyih

Pengundi Halang PRK Dun Semenyih

Seorang pengundi berdaftar di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih, Selangor akan memfailkan saman terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon injuksi menghalang perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN tersebut bermula 16 Febuari ini.
Peguam mewakili pengundi itu, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, tindakan tersebut akan dikemukakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Isnin ini atas alasan SPR tidak wujud secara sah mengikut Perlembagaan Persekutuan kerana hanya dianggotai seorang Pengerusi tanpa enam ahli.
“Ini ekoran daripada peletakan jawatan enam Ahli SPR itu pada 1 Januari lalu dan sehingga kini masih belum diisi,” katanya ketika dihubungi bagi mengesahkan perkara tersebut di sini hari ini.
Enam bekas Ahli SPR itu ialah Tan Sri Othman Mahmood, Datuk Md. Yusop Mansor, Datuk Abdul Aziz Khalidin, Datuk Sulaiman Narawi, Datuk K. Bala Singam and Datuk Leo Chong Cheong.
SPR sebelum ini menetapkan tarikh hari penamaan calon pada 16 Februari ini, diikuti hari mengundi awal pada 26 Februari manakala 2 Mac sebagai hari mengundi bagi PRK tersebut.
PRK DUN Semenyih diadakan berikutan kematian penyandangnya, Bakhtiar Mohd. Nor pada 11 Januari lalu. 
 UTUSAN ONLINE

Loading...