Saturday , August 17 2019
Home / :BLOG: / #Bossku Pasaran Bon Terus Jatuh

#Bossku Pasaran Bon Terus Jatuh

Pelaburan asing dalam pasaran bon tempatan, terutama dalam bon kerajaan, jatuh lagi bulan lepas dan kini pada paras paling rendah sejak tahun 2011.

Bulan lepas sahaja, sebanyak RM4.2 bilion dana asing telah mengalir keluar dari Malaysia.

Pelaburan asing dalam pasaran bon kita dijangka akan terus jatuh untuk bulan-bulan mendatang.

Ini kerana tabung negara Norway yang merupakan tabung pelaburan terbesar dunia mengumumkan akan menarik keluar semua pelaburan mereka dalam pasaran bon Malaysia dan juga selepas indeks FTSE Russel turunkan penarafan bon dan sukuk kita.

Sekian lama negara kita dimasukkan di dalam indeks bon FTSE Russel dan pelaburan negara Norway.

Kini kita ditendang keluar pulak.

Ini menyumbang kepada kejatuhan rizab asing BNM untuk bulan Mei dan April 2018.

Pada masa yang sama, kerajaan PH masih sibuk elephant lawan elephant.

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...