Thursday , September 19 2019
Home / :BLOG: / Padan Muka! Rumah terbuka Kementerian Pengangkutan kecoh, pemandu teksi desak jumpa Loke

Padan Muka! Rumah terbuka Kementerian Pengangkutan kecoh, pemandu teksi desak jumpa Loke

PUTRAJAYA: Kira-kira 500 pemandu teksi dari kumpulan pemandu teksi seluruh negara berkumpul di depan bangunan Kementerian Pengangkutan enggan bersurai selepas desakan untuk bertemu dengan menterinya, Anthony Loke gagal dibuat.

Pada masa yang sama, kementerian itu menganjurkan sambutan rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kehadiran sekumpulan pemandu teksi itu bertujuan untuk menghantar memorandum kepada Loke yang menuntut hak sama rata antara industri teksi dan perkhidmatan e-hailing dalam negara.

Segelintir daripada pemandu teksi dilihat berdiri di sekitar tangga di luar pintu masuk kementerian, mendesak menteri itu turun berjumpa mereka.
“Mana Anthony? Kami nak jumpa Anthony.

“Jangan ‘double standard’ lah,” jerit mereka ke arah anggota polis, pegawai dan kakitangan media.

Sementara itu, Setiusaha Politik Loke, Mohamad Dahlan Maamor bersetuju untuk menerima memorandum tersebut dengan 2 syarat dikenakan:

1. Seramai 7 orang wakil sahaja dibenarkan untuk menyerahkan memorandum tersebut.
2. Penyerahan memorandum perlu dibuat di dalam bangunan kementerian (lobi bangunan).

Hal ini, katanya, tiada jaminan pemandu teksi terbabit tidak membuat sebarang provokasi terhadap pihaknya.

“Lagi pun, mereka kena hormat, ini bangunan kementerian. Nak hantar, saya boleh terima, tapi buat di dalam bangunan kita,” katanya selepas mengarahkan seorang pegawainya meminta polis meleraikan kumpulan itu.
Apabila ditanya, sama ada Loke akan turun berjumpa dengan kumpulan pemandu teksi itu, Dahlan berkata Loke perlu diberikan masa untuk bertenang.

“Selepas kamu (pemandu teksi) caci maki menteri. Berilah beliau masa untuk bertenang dengan caci maki itu.

“Dia bukan sahaja teksi, darat. Udara dan lautan pun dia jaga,” katanya.
Terdahulu, kira-kira 2,000 pemandu teksi berkumpul di perkarangan pintu masuk Pejabat Perdana Menteri dari jam 8.00 pagi bagi menggesa campur tangan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam isu yang melanda industri teksi negara.
Sumber – FMT

Loading...