Thursday , September 19 2019
Home / Politik / Nukilan Anak Sarawak Perihal Sekolah Daif

Nukilan Anak Sarawak Perihal Sekolah Daif

Pada kaca mata rakyat Sarawak, statement yg dikeluarkan oleh Lim Guan Eng ini telah menghina rakyat Sarawak khususnya penduduk Bumiputera Sarawak memandangkan sekolah-sekolah daif ini kebanyakannya terletak di kawasan pedalaman yg dihuni paling ramai oleh etnik Iban, Melayu, Orang Ulu dan sebagainya. Dolak-dalih dalam membaik-pulih sekolah2 daif ini sekaligus menafikan hak kebajikan pendidikan anak2 Bumiputera Sarawak oleh Kerajaan Persekutuan PH.

Isu Sarawak berhutang dgn Kerajaan Persekutuan tidak boleh sama sekali dijadikan asas dolak-dalih berkenaan memandangkan penyediaan kemudahan pendidikan sudah termaktub jelas dlm MA63 dan Perlembagaan Persekutuan utk disediakan oleh Kerajaan Persekutuan tanpa gagal, walau siapapun parti pemerintah. Ada mekanisme lain utk mengutip hutang tertunggak, musalnya penggunaan saman sivil, tetapi bukan sama sekali dgn cara ugutan dan kelulusan bersyarat tersebut.

Sentimen kebencian kpd Kerajaan Persekutuan PH semakin meningkat di Sarawak, lebih-lebih lagi dengan gerakan Anti-Malaysia dan gerakan Keluar Dari Persekutuan Malaysia yg digerakkan secara aktif oleh NGO Berhaluan Kiri di Sarawak. Kadar kebencian itu semakin meningkat lebih2 lg dgn statement bodoh yg dikeluarkan oleh sang menteri tak sah sijil akreditasi itu.

Difahamkan bhw Kerajaan Sarawak sudahpun awal-awal bersetuju utk melangsaikan RM1BILION hutang negeri kpd Kerajaan Persekutuan secara berperingkat dan janji bayaran balik itu seharusnya mengikat kedua2 kerajaan dan tidak lagi seharusnya ditimbulkan oleh Kerajaan Persekutuan dlm bentuk ugutan dan kelulusan bersyarat tersebut.

Jelas, ada menteri dlm Kerajaan Persekutuan PH melangkaui kuasa diberikan oleh undang2 negara utk menganaktirikan rakyat Sarawak sekaligus menafikan hak rakyat Sarawak.

Penduduk Malaya bolehlah bersabar dgn karenah dan ugutan Kerajaan Persekutuan PH tetapi tidak kpd penduduk Sarawak dan Sabah. Pihak Menteri dlm Kerajaan Persekutuan PH perlu bangun dari tidur yg lena bahawa sebelum 1963, Sarawak dan Sabah pernah berkerajaan sendiri dan ada pengalaman sebagai Negara tersendiri sebelum bersetuju bekerjasama membentuk gagasan Persekutuan Malaysia.

Pesan orang-orang tua dulu kala, “Jangan biarkan pisang berbuah dua kali”.

#MalaysiaBaruSuck
#SarawakIbuPertiwiku
#Hancing

Bujang Redzuan Bin Mohammed

Baca juga artikel #Bossku ketika zaman pentadbiran Barisan Nasional:

Saya tengok ini adalah satu bentuk penindasan serta kekejaman terhadap Sarawak dan murid-murid sekolah.

Di dalam Bajet 2018 yang saya sediakan, sejumlah RM2.5 bilion telah diperuntukan untuk memperbaiki sekolah yang berada dalam keadaan daif.

RM500 juta buat sekolah-sekolah daif di Semenanjung Malaysia serta masing-masing RM1 bilion di Sabah dan Sarawak.
https://www.utusan.com.my/berita/nasional/bajet-2018-sabah-sarawak-terima-rm1-bilion-semenanjung-terima-rm500-juta-baiki-sekolah-daif-1.543826

Bajet dan peruntukan ini telahpun diluluskan dalam parlimen dan patut dibelanjakan dalam tahun 2018.

Saya tidak pasti peruntukan untuk semenanjung Malaysia dan Sabah telah diberi tapi apabila kerajaan Sarawak menuntut peruntukan RM1 bilion dibelanjakan oleh kerajaan PH bagi sekolah-sekolah daif yang amat memerlukannya, kerajaan PH tak mahu layan.

Selepas itu, kerajaan PH pula memberi syarat bahawa jika kerajaan Sarawak membayar balik hutang sebanyak RM1 bilion yang belum sampai tempohnya kepada kerajaan pusat, peruntukan untuk sekolah daif ini akan dibelanjakan.

Kerajaan Sarawak bersetuju dengan syarat ini dan kerajaan PH pun mengambil kesempatan untuk memainkan propaganda seolah-olah mereka baik sangat.

Maszlee umum bayaran RM1 bilion disalur ke sekolah daif di Sarawak

Maszlee umum bayaran RM1 bilion disalur ke sekolah daif di Sarawak

Akan tetapi, PH masih tidak menepati janji mereka dan sekolah-sekolah daif Sarawak masih tidak mula diperbaiki.

Hari ini pula, Menteri Kewayangan mahu Sarawak bayar RM350 juta sebelum fasa pertama projek pembaikan sekolah yang juga bernilai RM350 juta bermula.

Seolah-olah Sarawak yang bersalah kerana sekolah daif belum mula diperbaiki.

PH telah mungkir janji untuk memulangkan 20% royalti minyak dan 50% kutipan cukai kepada Sarawak dan Sabah.

Tak ingin menyalurkan dana yang telahpun diluluskan dalam bajet.

Hari itu, Guan Eng pula fitnah bahawa Sarawak akan bankrap.

Apabila disangkal dan dikritik hebat kerana dia tak tahu mengira, dia membisu pula.

Hari ini pula, nak tuding jari dan main politik lagi dengan isu sekolah daif serta pendidikan anak-anak sekolah walaupun ianya jelas PH yang bersalah.

Rakyat patut menilai siapa yang jahat.

Loading...