Saturday , August 17 2019
Home / :BLOG: / NFC diluluskan oleh Muhyiddin

NFC diluluskan oleh Muhyiddin

Walaupun bukan saya yang meluluskan pinjaman RM250 juta kepada syarikat National Feedlot Center (NFC), nama saya sering dikaitkan dengan isu ini yang telah dijadikan antara propaganda utama PH selama 9 tahun.

Pinjaman ini diluluskan oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai Menteri Pertanian pada tahun 2006 – iaitu 2 1/2 tahun sebelum saya menjadi Menteri Kewangan atau Perdana Menteri.

Perlu ingat bahawa ini ialah pinjaman RM250 juta.

Ini bukan geran percuma ataupun projek mencurigakan seperti bayaran RM305 juta untuk membuat laporan terowong Pulau Pinang.

Selepas diberi pinjaman itu, syarikat NFC mengalami kesukaran untuk meneruskan projek pada garis masa yang ditetapkan kerana ada beberapa projek infrastruktur sokongan yang merupakan tanggungjawab Kementerian Pertanian telah lambat dibina.

Walaupun projek mereka telah diperlambatkan, syarikat NFC masih perlu menanggung kos faedah ke atas pinjaman itu.

Oleh itu, mereka menggunakan sebahagian dari dana ini untuk pelaburan-pelaburan lain yang tidak ada kaitan dengan projek NFC untuk mendapat pulangan untuk membayar faedah pinjaman.

Bagaimanapun, ini dipercayai telah melanggar syarat-syarat pinjaman.

Dengan itu, pemilik NFC didakwa di dalam mahkamah semasa saya PM tetapi akhirnya, mahkamah mendapati mereka tidak menyalahi undang-undang.

Pada masa yang sama, kerajaan BN juga menyita aset-aset mereka termasuk baki wang tunai sebanyak RM80 juta.

Tetapi ini tidak cukup untuk menjelaskan seluruh pinjaman RM250 juta ini kerana sebahagian dari pinjaman itu telah dibelanjakan untuk membina ladang untuk NFC termasuk untuk membiayai kos operasi mereka.

Walaupun kerajaan BN pernah pertimbangkan beberapa kali untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap peminjam untuk mendapat balik seluruh dana RM250 juta itu, tindakan ini tidak diambil.

Ini kerana syarikat NFC memberitahu kerajaan bahawa mereka sedang berunding dengan beberapa syarikat besar di dalam dan luar negara untuk mengambil alih projek NFC itu.

Pembeli-pembeli itu juga bersetuju untuk menganggung bayaran untuk pinjaman termasuk seluruh kos faedah.

Akhirnya, syarikat NFC berjaya untuk mencari pembeli baru dan telah menulis kepada kerajaan untuk meminta kelulusan untuk pihak baru ini mengambil alih projek.

Pembeli baru ini dikatakan mempunyai kekuatan kewangan serta pelan menyeluruh untuk meneruskan dan menjayakan projek NFC.

Tetapi, Menteri Kewayangan PH tidak mahu memberi kelulusan.

Sebaliknya, mereka mengambil tindakan untuk meneruskan saman sivil untuk menuntut syarikat NFC untuk membayar balik seluruh pinjaman itu.

Tindakan ini boleh dianggap pelik jika niat dan keutamaan ialah untuk mendapat balik dana tersebut dan menjayakan projek.

Minggu lepas, calon PPBM Khairuddin Abu Hassan yang dikenali sebagai orang yang rapat dengan PM ke-7 pun rasa begitu dan telah mengeluarkan kenyataan untuk menyoal Menteri Kewayangan.

MOF harus terbuka terima cadangan selesai isu NFC – Khairuddin
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/mof-harus-terbuka-terima-cadangan-selesai-isu-nfc-khairuddin-209180

Menteri Pertanian PH juga telah bersuara.

Isu NFC perlu di selesaikan segera – Salahuddin Ayub
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/isu-nfc-perlu-di-selesaikan-segera-salahuddin-ayub-208237

Tetapi DAP tahu bahawa nilai propaganda NFC ini jauh lebih tinggi untuk mereka berbanding dana RM250 juta atau kerjayaan projek itu.

Hampir 9 tahun, DAP telah menyebarkan propaganda menipu bahawa RM250 juta ini telah disonglap oleh Najib dan digunakan untuk membeli kondo untuk simpan lembu di dalam.

Oleh itu, ianya amat sukar untuk DAP mengaku kepada penyokong mereka sekarang bahawa dana ini bukan disonglap tetapi ianya sesuatu pinjaman di mana peminjam sudahpun mahu membayar balik keseluruhannya termasuh kos faedah.

Memandangkan itu, Menteri Kewayangan terpaksa untuk mengambil tindakan mahkamah ke atas syarikat NFC serta menolak pembayaran balik pinjaman serta rancangan meneruskan projek NFC untuk meningkatkan bekalan daging lembu tempatan

Najib Razak

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...