Thursday , September 19 2019
Home / :BLOG: / NEAC 2.0 harus ambil kira pendapatan sederhana

NEAC 2.0 harus ambil kira pendapatan sederhana



Majlis Tindakan Ekonomi Negara (NEAC) yang baharu mesti mempunyai agenda yang lebih jelas bagi hala tuju ekonomi negara termasuk memperluaskan jaringan program keselamatan sosial untuk melindungi lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan dan bukan hanya terhad kepada golongan berpendapatan rendah (B40) semata-mata.

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye berkata bantuan itu harus diberikan kepada kumpulan pendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40) yang kebanyakannya terjejas oleh kelembapan ekonomi.

“Untuk membantu kumpulan M40 dan B40, kerajaan mesti menangani isu-isu yang mempengaruhi rakyat, terutama kenaikan harga makanan. Usaha untuk menangani kenaikan harga mesti melibatkan semua pihak dalam rantaian bekalan daripada pengeluar dan pembekal kepada pemborong dan peruncit, ” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
.

Loading...