No menu items!
More

    NAJIB GAGASKAN TN50 UNTUK ANAK MUDA, KIT SIANG & MAHATHIR BERPAKAT UNTUK ANAK SENDIRI

    Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak amat prihatin terhadap masa depan dan kualiti hidup golongan muda.

    Buktinya, boleh dikatakan keseluruhan  usaha dan agenda kerajaan sekarang adalah sebagai persediaan untuk anak muda di masa akan datang.

    Sebagai contoh ketika pengumuman Bajet 2017. Najib telah meminta Kementerian Belia dan Sukan untuk mengemudi pelaksanaan awal dialog dan percambahan idea Agenda  Transformasi Nasional 2050 (TN50).

    Seperti dikehendaki Perdana Menteri, TN50 merupakan garaban idea dan kehendak dari rakyat Malaysia khususnya anak muda untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2050 nanti.

    Ia juga merupakan hasrat Perdana Menteri supaya nilai-nilai kemanusiaan, hormat sesama agama dan kesejahteraan rakyat harus diberikan tumpuan agar TN50 ini bukan satu perkara yang mustahil.

    Melalui TN50, ia akan mengumpul suara orang muda yang akan menjadi asas kepada visi negara untuk 30 tahun akan datang. Visi kali ini merupakan gagasan dari bawah atau bottom up, bukannya arahan dari atas atau top down.

    Ini sekali gus menunjukkan rasa hormat Najib terhadap idea rakyat dan rasa penting beliau dalam meletakkan nasib yang lebih baik untuk generasi akan datang.

    Dari segi ekonomi, Dato Seri Najib juga meletakkan sasaran untuk mencapai ekonomi RM2 Trillion dalam masa 7 atau 8 tahun (2025) akan datang.

    Bila ekonomi Malaysia semakin besar maka peluang pekerjaan dan perniagaan untuk generasi akan datang akan terus dicipta. MRT juga akan mula beroperasi pada 16 Disember 2016 ini. Kalau ikut idea Rafizi pada PRU13 yang lepas, anak muda Malaysia tidak akan merasa nikmat MRT ini.

    Berbanding dengan DAP, parti itu hanya sekadar mahu mengambil kuasa pemerintahan dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan mereka mampu membina sebuah negara sekular. Ini sudah tertulis dalam Perlembagaan DAP.

    Kepimpinan DAP yang dikuasai oleh ‘Legasi Lim’, diketuai Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng,  langsung tidak menyentuh agenda pemerkasaan anak muda.

    Hakikatnya, tiada agenda khusus dirancang oleh Kit Siang atau Legasi Lim demi masa depan negara atau anak muda.

    Tidak percaya? Lihatlah sendiri dalam setiap perenggan Perlembagaan DAP atau agenda  DAPSY. Tiada satu pun agenda khusus persis TN50 yang digubal untuk anak muda.

    Lim hanya ada gagasan untuk anaknya sahaja. Mahathir pun begitu juga, hanya mahu anaknya menjadi PM. Inilah agenda Lim Kit Siang dan Mahathir, hanya untuk masa depan anak mereka.

    Kehidupan di negara ini akan diwarisi oleh anak muda sekarang. Apa yang Najib lakukan ini bukanlah untuk beliau, sebaliknya semata-mata bagi memberi pengesahan bahawa kualiti hidup rakyat Malaysia pada tahun 2050 jauh lebih baik berbanding sekarang.

    Jika kita memilih BN, insyaAllah hidup anak cucu dan cicit kita nanti akan menjadi lebih baik berbanding kita, sebaliknya jika kita mahu mencuba memberi mandat kepada DAP atau Mahathir, belum tentu lagi pewaris kita akan mampu hidup dengan harmoni di tanah air sendiri.

    Jangan salah pilih, kelak cucu cicit yang merana!

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.