• About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 
Subscribe
#MaluApaBossKu
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO
No Result
View All Result
#MaluApaBossKu

Home NASIONAL

Muzium Menara Jam tarikan baharu jemaah

Muzium Menara Jam tarikan baharu jemaah
Wednesday, Jul 31, 2019
Admin BossKubyAdmin BossKu
309 20
2 min read

MEKAH 31 Julai – Pengalaman bersolat di atas antara bangunan tertinggi di dunia sambil menghadap Kaabah yang berada di hadapan mata mungkin satu pengalaman yang tidak dapat dilakukan di mana-mana tempat di seluruh dunia.

Jemaah haji musim ini agak bertuah kerana peluang itu telah terbuka apabila Muzium Menara Jam Mekah telah dibuka sejak bulan Ramadan lepas untuk dikunjungi oleh orang ramai walaupun bangunan itu telah siap dibina sembilan tahun lepas.

Menara Jam Mekah yang menempatkan jam terbesar dunia dengan kompleks hotel dan pusat membeli-belah terbesar dikenali juga sebagai Menara Abraj Al-Bait itu terletak bersebelahan dengan Masjidillharam.

“Jika masuk waktu solat ketika anda sedang melawat, anda boleh bersolat di bangunan ketiga tertinggi di dunia ini dengan mengikuti Imam di Masjidilharam,” kata Pengarah Muzium Menara Jam, Dr. Yaseen Al Mleaky.

Beliau berkata, sejak dibuka Mei lepas, muzium yang terletak di bangunan setinggi 601 meter itu telah menerima 40,000 pengunjung dari seluruh dunia dengan kira-kira 20 peratus daripadanya dari Malaysia.

“Kami mengalu-alukan jemaah dari Malaysia yang sememangnya diketahui cintakan ilmu terutama pengemar-pengemar ilmu berkaitan astronomi,” katanya kepada wartawan Malaysia yang melawat muzium itu, baru-baru ini.

Katanya, sebelum ini, Muzium Menara Jam itu tidak dibuka untuk kunjungan orang ramai kerana pelbagai faktor tetapi kini selepas dibuka, kerajaan Arab Saudi meletakkan sasaran menerima kunjungan kira-kira 3 juta pengunjung setiap tahun.

Apa yang menarik, melalui dek pemerhatian yang berada di ketinggian 450 meter, pengunjung dapat melihat dan merakam gambar dari atas pemandangan para jemaah sedang bertawaf mengelilingi Kaabah atau bersolat.

Kadar bayaran untuk memasuki muzium itu ialah $150 Riyal Saudi (RM165) untuk pakej biasa dan $300 Riyal Saudi (RM323) untuk pakej tetamu kenamaan (VIP).

Menara Jam Mekah itu sememangnya terkenal di seluruh dunia kerana kecanggihan teknologinya dengan saiz muka 43 meter dan 23 meter panjang – menjadikannya 36 kali ganda lebih besar dari Big Ben di London.

Bagi mereka yang berada di sekitar Mekah, jam bersaiz gergasi itu sudah tentu akan memudahkan mereka mencari arah solat atau mengetahui waktu terkini walaupun berada dalam jarak sejauh 20 kilometer dari Masjidilharam.

Muzium Menara Jam Mekah yang berada di puncak menara itu dibahagikan kepada empat tingkat yang mempunyai maklumat lengkap mengenai sejarah terbentuknya alam cakerawala mengikut al-Quran dan sains Islam. – UTUSAN ONLINE

Tags: ISLAMKaabahMekahMusim HajiMuzium Menara Jam
Previous Post

Kaji Lagi? Tol-Forever dan Caj Kesesakan Bukan Durian Runtuh

Next Post

Ramai yang tanya apakah impak menjual aset negara.

Related Posts

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Kemenangan Cemerlang BN di DUN N.23 Chini

Dr M: Pemimpin DAP, Amanah setuju Shafie Sebagai PM, Anwar dan Mukhriz calon TPM [Video]

ADVERTISEMENT

SERING DIBACA

  • Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    Salasilah Keturunan & Warisan Kekayaan DS Najib Razak

    1083 shares
    Share 433 Tweet 271
  • Sekolah Vernakular vs Perlembagaan; SJKC PALING CERDIK?

    1093 shares
    Share 456 Tweet 266
  • Penjualan asset dan Govt Spending – Najib Saari

    1108 shares
    Share 477 Tweet 263
  • PELAJAR SEKOLAH TIKAM GURU KAUNSELING – SAMTTAR

    1106 shares
    Share 474 Tweet 263
  • Cikgu-cikgu merajuk “Lepas ni Tak Payah Rotan dah” [VIDEO]

    1053 shares
    Share 421 Tweet 263

TERKINI

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Laporan Kebolehlaksanaan RM377.6 Juta Kerja Siapa? DAP masih Kebal?

Tuesday, Jul 7, 2020
Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Kajian USM, Universiti Yale, dapati ketum berkesan sebagai ubat tahan sakit

Tuesday, Jul 7, 2020
Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Khairuddin Umum Letak Jawatan, Bangsa, Agama & Tanah Air Hancur Jika Anwar Pemimpin Utama

Tuesday, Jul 7, 2020
Bicara kes 1MDB Najib bermula hari ini

Kegagalan Penganiayaan Politik Di Mahkamah 3 Kali Berturut – Turut

Tuesday, Jul 7, 2020
Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Pak Kadiaq antara Akaun Palsu, Sakit Mental & Perisik Antarabangsa

Tuesday, Jul 7, 2020

Next Post
Ramai yang tanya apakah impak menjual aset negara.

Ramai yang tanya apakah impak menjual aset negara.

Agong terima kejutan Hari Keputeraan di Istana Negara

Agong terima kejutan Hari Keputeraan di Istana Negara

#MaluApaBossKu

© 2020 KERIS MELAYU .

Navigate Site

  • About Us
  • Disclaimer
  • Terms of Use
  • Privacy Policy 

Follow Us

  • Login
No Result
View All Result
  • HOME
  • NAJIB RAZAK
  • NASIONAL
  • POLITIK
  • EKONOMI
  • GAYA HIDUP
  • DUNIA
  • VIDEO

© 2020 KERIS MELAYU .

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In