Home / :BLOG: / Muhammad Adib: rakyat Malaysia mahukan sebuah inkues yang telus

Muhammad Adib: rakyat Malaysia mahukan sebuah inkues yang telus

Elephant dengan elephant main dalam bilik ke, nak wrestling ke, itu hal mereka lah.

Bagi saya, sambil enjoy tengok wayang yang sedang berlangsung tu, ada isu yang kita tidak boleh abaikan juga.

Sudah hampir 200 hari.

Masih tiada jawapan. Masih tiada keadilan.

Syazlin Mansor, peguam untuk keluarga arwah Adib kini telah kembali mewakili keluarganya.

Kita tidak lupa. Bagaimana beliau terpaksa menarik diri daripada inkues.

Peguam Negara tidak berpuas hati dengan beliau kerana sering bercanggah dengan hujah dan pendapat Peguam Negara.

Saya tidak tahu apa niat sebenar kerajaan PH ini.

Bukan ke kita ingin tahu kebenarannya?

Bukan ke kita inginkan keadilan untuk arwah Adib?

Satu nyawa telah hilang.

Kini hanya tinggal keadilan untuk Adib.

Itu pun Kerajaan PH tidak dapat berikan?

Apa yang Kerajaan PH takutkan dan mahu sembunyikan?

Saya yakin semua rakyat Malaysia mahukan sebuah inkues yang telus.

Semoga Syazlin Mansor dan mereka semua yang terlibat dalam inkues ini dapat berikan jawapan kepada keluarga arwah Adib, keadilan untuk arwah Adib.

Syazlin sertai semula inkues (Ainar Harian)
https://www.sinarharian.com.my/article/32160/KHAS/Inkues-Adib/Syazlin-sertai-semula-inkues

Facebook Najib Razak.

Loading...