Home / :BLOG: / Mereka tiada hubungan lagi dengan UMNO

Mereka tiada hubungan lagi dengan UMNO

Seperti yang kita maklum, keenam-enam individu yang diterima masuk ke dalam Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini, telah pun mengumumkan yang mereka keluar dari UMNO lebih awal sebelum ini.

UMNO menganggap mereka tidak ada lagi apa jua pertalian dan hubungan dengan  UMNO. 

Keputusan mereka tidak langsung akan merencat  kelangsungan dan agenda perjuangan UMNO.

Pemilihan mereka untuk menyertai mana-mana pihak pasca UMNO adalah hak mereka sepenuhnya.

UMNO dan saya hanya ingin sekali lagi merakamkan terima kasih atas segala sumbangan dan jasa mereka dalam UMNO sebelum ini. Selamat maju jaya dalam perjalanan politik mereka selepas ini bersama PPBM

UMNO akan terus memfokuskan kepada agenda pemulihan parti yang kini sedang mendapat momentum dan sokongan terbaik daripada semua pihak, insha Allah

Dato Seri Haji Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

Dari fb : Dato Seri Utama Haji Mohamad Hj Hasan.

https://www.facebook.com/118486628162416/posts/2316900954987628/

Loading...