Wednesday , September 18 2019
Home / :BLOG: / Menteri Kewangan hina intelektual rakyat

Menteri Kewangan hina intelektual rakyat

1) Siaran media terbaharu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam menerangkan tentang hasrat kerajaan untuk mengambil alih empat buah lebuh raya dalam Lembah Klang bukan sahaja lebih menimbulkan kekeliruan sebaliknya dilihat cuba menghina intelektual rakyat.

2) Sebelum ini, Guan Eng telah menyatakan kerajaan menawarkan sejumlah RM6.2 bilion kepada syarikat konsesi lebuhraya LDP, SPRINT, KESAS dan SMART yang mana selepas pengambilalihan ini, bayaran tol akan digantikan dengan bayaran caj kesesakan.

3) Walaubagaimanapun, timbul persoalan selepas siaran media Guan Eng hari ini apabila dengan jelas menyatakan apabila bayaran RM6.2 bilion ini dibuat, tempoh konsesi lebuh raya yang terlibat tidak akan dilanjutkan tetapi akan tamat seperti perjanjian konsesi sedia ada.

4) Dengan kata lain, bayaran RM6.2 bilion bukanlah untuk mengambil alih lebuhraya ini sebaliknya hanyalah bersifat pampasan kepada syarikat konsesi bagi membolehkan bayaran tol dikurangkan pada waktu luar puncak dan percuma pada waktu bukan puncak.

5) Lebih menghairankan, Guan Eng turut menyatakan ‘caj kesesakan’ yang kononnya akan menggantikan bayaran tol ini akan diteruskan selepas konsesi lebuh raya ini tamat mengikut perjanjian sedia ada kelak.

6) Kita tidak menafikan kemungkinan bayaran yang akan ditanggung oleh rakyat akan berkurangan selepas ini. Tetapi yang mengejutkan, mengapa ‘caj kesesakan’ ini akan diteruskan selepas walaupun selepas perjanjian konsesi tamat? Bukankah sepatutnya tiada apa-apa lagi bayaran yang akan dikenakan kepada rakyat selepas tempoh tersebut

Penulis ialah Naib Ketua Pemuda UMNO.

Berikut ialah sidang akhbar Menteri Kewangan yang dilaporkan oleh media massa

http://m.utusan.com.my/bisnes/ekonomi/pengambilalihan-tol-dibiayai-terbitan-bon-1.924858

Loading...