Home / :BLOG: / Mengatasi Panas Baran, Ikuti 5 langkah ini

Mengatasi Panas Baran, Ikuti 5 langkah ini

Ramai kita ada panas baran. Salah seorang yg paling teruk panas baran ialah saya (itu dulu, sekarang tak dah).. Kesannya? Dulu saya dah kehilangan ramai orang-orang yg baik, yg amat saya sayang. ?
Ini kisah saya, ini pengalaman dan cara saya atasi sifat panas baran. Jadikan pedoman dan jadikan pengajaran=

Ketika saya remaja nak dewasa, saya sedang gila menuntut pelbagai ilmu dimerata tempat.. Dalam masa yg sama entah dari mana, datang sifat panas baran..

Bayangkan, waktu itu saya dah tahu macam2 ilmu batin, waktu itu juga saya dah jadi jurulatih silat gayong, dah khatam lagi 4 jenis silat, dah main tomoi siam, badan tangan kaki saya dah amat keras dan padat.. Sedangkan tidak ada langsung ilmu2 yg saya belajar akan buat saya jadi panas baran.. Sudah tentu waktu itu, sayalah orang yg amat merbahaya kerana bukan saja banyak ilmu, tapi tercampur dengan sifat panas baran!.. Saya pernah=

1. Bergaduh bawa parang dengan ayah sendiri.. nasib baik cepat dileraikan, kalau tidak mesti ada yg mati.
2. Saya pernah tumbuk kuat ke dada emak saya sendiri waktu marah.
3. Saya pernah tendang kakak saya sendiri sampai dia berdarah kepala terhantuk ke bucu pintu.
4. Saya pernah seorang diri mengamuk pukul enam orang dan campak mereka semua masuk longkang.
5. Saya pernah pukul dan pijak budak yg lebih besar dari saya sampai dia patah rahang. Jadi kes polis yg besar.

CUKUPLAH!!! ????? sedih saya bila ingat tentang diri saya ketika itu.. sayu hati saya kalau nak tulis semua benda yg ‘saya pernah’..

Dah nampak teruk panas baran saya? Memang ‘amat panas’ sehingga ramai orang ketika itu, benci saya kerana panas baran. Sehingga kalau saya lalu depan rumah orang, mereka akan tutup tingkap tutup pintu kerana benci dan takutkan saya.

TETAPI, bagaimana saya boleh kalahkan dan atasi sifat panas itu dengan sendiri? Dengar betul-betul ya, ini 5 cara saya. Kalau bermanfaat dan sesuai, cubalah ya=

1. Orang yg panas baran ni, dia amat agresif. Sifat agresif itu, ada banyak kebaikan sebenarnya! Cuma kena salurkan ‘panas’ atau agresif itu ke benda dan jalan yg betul. Saya dulu, lepas saya tersedar saya panas baran yg melampau, saya akan terus jalan kaki panjat Gunung Jerai, seorang diri. Tengah malam pun buat.. sampai tengah hutan saya jerit dan menangis puas2.. CARA PERTAMA, buat aktiviti lasak, apa jenis pun tak apa. Salurkan sifat agresif itu pada tempatnya.

2. Ajaran Islam, kalau marah tengah berdiri, awak duduklah. Ambil wuduk, solat, zikir, dan lain-lain… itu betul, memang boleh kurangkan marah. Tetapi pada yg ada sifat panas baran melampau macam saya, buat macam itu semua tetap tak sejuk sepenuhnya, betul tak?? Jadi CARA KEDUA, awak pergi merantau seorang diri. Pergi dari masjid ke masjid. Selalulah buat begitu. Nanti awak jumpa dan faham apa rahsia yg saya nak beri ini. Pergi rasa sendiri.

3. Awak kena ubah cara awak hidup di setiap pagi dan setiap malam sebelum nak tidur. CARA KETIGA, Saya amalkan setiap kali mandi dengan 7 jirusan dari bawah ke atas, tiap jirus, selawat dalam hati, ini akan jadi ‘ubat’ panas baran dan macam2 khasiat lagi.. 7 jirus itu ialah pergelangan kaki, lutut, pinggang, bahu kanan, bahu kiri, tengkok belakang, atas kepala. Jirus perlahan2, selawat dalam hati.. lepas itu mandilah macam biasa.

4. Bila kita amat marah, nampak segalanya jadi kecikkkk saja. Orang besar pun nampak dia macam kecik, keliling kita semua jadi ringan dan kecik. Jadi CARA KEEMPAT, tiap kali nak mengamuk, cepat2 keluar jalan kaki dan jauhkan diri dari tempat itu! Pergi tengok alam yg besar, pergi tengok awan dan gunung, tengok laut, tengoklah apapun ciptaan tuhan. Buka mata luas-luas, tarik nafas puas-puas. Baca Ya Rahman waktu lepas nafas, baca Ya Rahim waktu sedut nafas.. rasailah.

5. Setiap sakit ada ubatnya. Orang yg panas baran, dia sakit sebenarnya.. Berubatlah banyak tempat baik perubatan moden atau perubatan tradisi.. tapi yg paling penting tetap kena ubati diri sendiri. CARA KELIMA, ini saya beri kepada sesiapa yg nak amalkan. Buat amalan zikir ‘Bismillahir Rahmanir Rahim’ dengan satu nafas panjang perlahan-lahan sebanyak 21 ribu kali untuk khatam. Setiap hari buat tidak kurang dari 100 kali, sehinggalah khatam 21 ribu.. Jika kamu tertinggal tak buat satu hari, kena mula dari kiraan kosong… Rahsianya, bacaan itu adalah kunci penyejuk yg paling sejuk didunia! Tiap hari lepas zikir, doalah, “Ya Allah, jika berkat bacaan zikir ku tadi keranaMu ya Allah, aku mohon sungguh-sungguh ni ya Allah, kau hilangkanlah panas baranku ini Ya Allah. Bantulah aku Ya Allah” .. InsyaAllah selepas khatam 21 ribu kali, hati dan baran awak akan mula sejuk.. lepas itu pergi jumpa ustad/ guru2 yg mursyid, minta pula zikir yg lain.

*Benar, panas baran ialah ‘penyakit’ yg amat merbahaya, dan amat susah nak diubatinya. Ia ambil masa bertahun juga untuk hilang semua panasnya, tapi janganlah sedih teruskan usaha.. saya dah beri 5 cara saya, selebihnya terpulang pada kamu semua. Semoga berjaya* ?

FB Mohd Fitri

Loading...