Mat Sabu, PH perlu akui telah gagal

DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN
DATUK SERI HISHAMUDDIN TUN HUSSEIN

KUALA LUMPUR 30 Sept. – Mohamad Sabu perlu menerima hakikat bahawa beliau didakwa telah gagal mengurus tadbir Kementerian Pertahanan dengan baik.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, lebih menyedihkan apabila Menteri Pertahanan dan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) terus memperjudikan kebajikan anggota-anggota dan warga Kementerian Pertahanan.

“Fokuslah kepada kebajikan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), perwira sebenar kita semua yang rela mati demi negara!

“Kerajaan PH khususnya Kementerian Pertahanan perlu ambil tanggungjawab dan jelaskan kepada rakyat cerita sebenar di sebalik kegagalan ini. Jangan hanya suka baling batu sembunyi tangan, rakyat sudah bosan!” katanya menerusi status dalam akaun facebook miliknya hari ini.

Menurut bekas Naib Presiden UMNO itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) apabila pengumuman dividen dilakukan lewat hingga berbulan-bulan.

“Sampaikan sudah nak masuk Oktober baru umum dividen? Sudah la lewat umum, dividen pula cuma 2 peratus, terendah sejak tahun 1973!” katanya.

Beliau mengulas berhubung pengumuman LTAT hari ini mengenai dividen sebanyak 2 peratus bagi ahlinya untuk tahun kewangan (FY) 2018 berakhir 31 Dis, 2018.

Bercakap pada sidang media di sini, Ketua Eksekutif LTAT, Nik Amalizan Mohamed berkata, dividen itu berdasarkan hasil yang diraih bagi FY18 walaupun mencatat kemerosotan ketara sebanyak 51.9 peratus kepada RM221.0 juta. – UTUSAN ONLINE

Related Posts

ADVERTISEMENT

Next Post

Welcome Back!

Login to your account below

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.