Mat Sabu pertahankan boss besar Lim Kit Siang lari dari debat

Saya tengok Mat Sabu ini seperti “baling batu sembunyi tangan” apabila dia cuba mempertahankan boss besar dia yang lari dari debat dengan saya.

Penulis arikel yang disiarkan oleh MalaysiaKini ini sebenarnya adalah Setiausaha Akhbar rasmi Mat Sabu tapi dia cuba untuk menyorok jawatan dia demi mempertahankan bossnya.

Tengok nama siapa di tempat ke-empat dalam direktori Kementerian Pertahanan ini:
http://www.mod.gov.my/ms/mengenai-kami-3/direktori.html

Amin Iskandar ini menyokong alasan MenHEN bahawa debat antara Kit Siang dengan saya akan menjadi isu “Melayu lawan Cina”.

Walaupun alasan ini bersifat rasis dan tidak masuk akal, saya nak tanya:

Bagaimana pula dengan Mat Sabu? Dia Melayu atau Cina?

Kalau dia Melayu, bolehlah ganti Kit Siang untuk debat dengan saya.

Penulis artikel ini juga tuduh saya senyap dalam Dewan Rakyat dan oleh itu saya tak payah nak debat di luar parlimen ataupun aktif dalam media sosial.

Semasa PH masih pembangkang, mereka sangat aktif menggunakan media sosial.

Tapi saya dikecam pula kerana aktif dalam media sosial.

Ini double standards level apa?

Ini zaman media sosial.

Kenapa mahu meremehkan penggunaan media sosial pula?

Kenapa pula penulis dan PH tak kecam Kit Siang yang juga menulis kenyataan awam tiap-tiap hari dalam blog dia sedangkan Kit Siang tidak lagi aktif dalam parlimen?

Lagi pelik ialah mereka mahu saya debat dalam Dewan Rakyat tapi pada masa yang sama, mereka mahu saya hadir di mahkamah tiap-tiap hari.

Tak cukup dengan itu, sekarang mereka sudah mengeluarkan usul untuk halang saya ke parlimen selama 3 bulan.

Sebenarnya, parlimen bukan tempat yang sesuai untuk debat antara Kit Siang dengan saya.

Kita maklum bahawa Kit Siang adalah seorang penipu bersiri

Apa yang diucapkan dalam parlimen diberi imuniti penuh dari undang-undang.
(Tak seperti media sosial di mana apa yang saya tulis boleh disaman atau diambil tindakan undang-undang jika saya memfitnah)

Sebab itu, bila Kit Siang memfitnah dan membohong dalam parlimen, susah untuk saya atau sesiapa saman dia.

Pihak yang ada kuasa untuk mengambil tindakan terhadap fitnah dan pembohongan dalam Dewan Rakyat hanya speaker mereka sahaja.

Sebab itu, tiada tindakan pernah diambil oleh mereka terhadap Guan Eng yang fitnah bahawa BN telah “rompak” wang input GST RM19.2 bilion ataupun ke atas PM ke-7 yang memberi jawapan rasmi bahawa hutang negara telah menurun walaupun kebenarannya ialah hutang sudah naik dengan tinggi.

Jika Kit Siang dan Mat Sabu tak berani debat, mengakulah sahaja.

Tak payah pegawai-pegawai mereka main sorok-sorok untuk serang saya.

Jawablah soalan-soalan bocor saya sahaja jika tak mahu debat.

Facebook Najib Razak

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...
Loading...