No menu items!
More

    MARDI bangunkan bahan pembungkus boleh makan

    Pegawai Penyelidik Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan MARDI Dr Siah Watt Moey berkata projek penyelidikan itu bermula pada 2012 dengan pasukannya yang juga terdiri daripada pegawai penyelidik lain, Zainah Adzaly dan dibantu oleh tiga pembantu.

    Beliau berkata selepas setahun bekerja pada projek itu, pasukan itu berjaya menghasilkan filem yang boleh dimakan untuk pembungkusan makanan yang mesra alam.

    “Kami telah membangunkan beberapa jenis bahan daripada bahan mentah berbeza seperti rumpai laut, kanji ubi kayu, sagu, kitosan dan beras yang boleh digunakan sebagai alternatif kepada plastik konvensional,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Beliau menjelaskan bahan-bahan berkenaan boleh dimakan bersama-sama dengan makanan yang dibungkus dan jika tidak dimakan atau dibuang, ia akan larut sepenuhnya dalam air panas.

    “Berbanding plastik konvensional yang mengambil masa beratus tahun untuk degradasi… filem-filem ini larut sepenuhnya dalam air panas kurang daripada seminit,” katanya.

    Beliau berkata kini pasukannya telah membangunkan bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai uncang teh atau kopi segera, serbuk perasa untuk mi segera, gula-gula dan sarapan bijirin.

    “Filem boleh bertindak sebagai pembungkus kiub perasa, untuk kuih dodol, kuih ketayap, dan juga boleh bertindak sebagai pelapik antara makanan bagi roti canai sejuk beku atau daging burger untuk mengelakkan makanan daripada melekat ketika membeku,” katanya.

    Bagaimanapun, Siah berkata, filem-filem itu boleh ditambah baik dengan menambahkan warna atau perisa untuk memberi nutrisi tambahan kepada menambah nilai filem.

    Beliau berkata pada masa ini, filem itu hanya dihasilkan dalam skala makmal untuk penggunaan dalaman sahaja.

    “Kami ingin menjemput industri terutamanya pengeluar pembungkusan plastik untuk bergabung dengan kami supaya filem ini dapat dihasilkan secara komersial,” katanya.

    Terdahulu, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin melancarkan program AgroInvest yang dianjurkan oleh MARDI bertujuan untuk memadankan peserta industri dengan teknologi MARDI, bagi membangunkan bank data industri yang berkaitan dengan teknologi pengkomersilan dan menggalakkan teknologi baru yang dibangunkan oleh MARDI untuk industri ini.

    Siri pertama AgroInvest anjuran MARDI telah menarik 150 peserta dari pelbagai syarikat dan peserta industri dengan 10 teknologi akan dibentangkan semasa sesi perbincangan

    — BERNAMA

    Loading...

    Related articles

    Comments

    LEAVE A REPLY

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    Share article

    Terkini

    Kes baharu positif Covid-19 di Batu Gajah

    Gambar tular di media sosial menunjukkan petugas kesihatan membawa individu dipercayai positif Covid-19 ke hospital. IPOH - Satu kes terbaharu melibatkan positif koronavirus (Covid-19) di...

    100,000 Bunga Tulip Di Jepun Dipotong Elak Orang Ramai Berhimpun

    Pihak berkuasa di Jepun terpaksa memotong lebih 100,000 pokok bunga tulip bagi mengelakkan orang ramai berhimpun sekali gus berisiko menyebarkan Covid-19. Bunga-bunga berkenaan bekembang dan...

    Lemang, kelamai juadah Aidilfitri lazim bagi Rawa Gopeng

    Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Rawa di Gopeng di sini, menjadikan juadah tradisi yang terkenal sejak zaman berzaman iaitu kelamai, sebagai hidangan yang perlu...

    ? Sebiji kurma banyak manfaatnya… Ini antara 6 kebaikan amalan memakan tamar

    Umat Islam di seluruh dunia sedang menjalani ibadah puasa dan ia menjadi Ramadan paling berbeza buat kita semua berikutan penyebaran virus Covid-19 yang sedang...

    Perhimpunan perayaan tertakluk kepada kuasa KP Kesihatan

    Perhimpunan yang dibenarkan untuk sambutan perayaan Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai Dayak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih tertakluk kepada sebarang...

    ? Rakaman suara mirip Muhyiddin tular, didakwa khianat Dr Mahathir

    Rakaman suara didakwa milik Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang berucap dalam satu mesyuarat pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) beberapa jam sebelum berlangsung ‘Langkah...

    ? Ahli perniagaan langgar Koperal Safwan mengaku tidak bersalah

    Seorang ahli perniagaan yang dipercayai memandu dalam keadaan mabuk dan melanggar seorang anggota polis yang bertugas dalam Sekatan Jalan Raya (SJR) Op Covid-19 awal...

    ? Saman RM10 juta menanti dua ADUN PKR berpaling tadah

    PKR akan mengemukan saman RM10 juta setiap seorang kepada dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang keluar parti kerana mengkhianati parti dan pengundi. Pengerusi PKR...

    [Video] Ada Kah Usaha Untuk Menjatuhkan Perikatan Nasional Akan Berjaya?

    Pergolakan di dalam parti politik adalah satu perkara yang biasa. Selagi adanya ahli politik maka orang yang tamak kuasa, dengki dan cemburu akan...

    [Video] Covid-19: China cadangkan guna akupuntur dan herba

    Penggunaan herba untuk mempercepatkan proses penyembuhan pesakit Covid-19 hanyalah cadangan oleh pakar dari China. Ia bukanlah satu rawatan utama bagi merawat pesakit Covid-19, kata Ketua...

    Newsletter

    Subscribe to stay updated.