Home / Berita / Mantan MB Perak Pro DAP ‘Ditendang Keluar’ Dalam Pemilihan Amanah

Mantan MB Perak Pro DAP ‘Ditendang Keluar’ Dalam Pemilihan Amanah

Mantan MB Perak Nizar Jamaluddin ‘ditendang’ keluar dalam pemilihan Amanah peringkat kawasan Gopeng, hari ini.

Mantan MB yang juga Adun Sungai Rapat itu gagal mendapatkan tempat dalam kalangan 15 calon anggota jawatankuasa kawasan kerana mendapat undi yang kurang memberangsangkan.

Menurut sumber hampir 70 orang perwakilan telah menjalankan tanggungjawab sebagai ahli parti, mereka dikehendaki memilih 15 orang AJK daripada 22 orang calon yang bertanding.

Ianya telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka di Hotel Seri Malaysia Ipoh.

Keputusan yang menyaksikan Nizar yang juga timbalan pengerusi Amanah Perak gagal mengekalkan jawatannya diumum oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Amanah Akhiruddin Taib.

Loading...