Tuesday , July 16 2019
Home / :BLOG: / Mana Suara NGO SIS, Bela Nasib Mangsa Dakwaan Rogol – Zahida

Mana Suara NGO SIS, Bela Nasib Mangsa Dakwaan Rogol – Zahida

Puteri UMNO hari ini mempersoalkan apakah nasib pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol oleh majikannya yang juga Exco Perak.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata mangsa telah membuat laporan dan suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis.

“Pembantu rumah warga Indonesia buat laporan polis dia dirogol oleh majikannya yang juga merupakan Exco Perak dari Dap.

“Suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis. Apa pula nasib pembantu rumah berkenaan. Macam mana dengan keadilan untuk dia,” katanya menerusi catatan di fecebook, di sini hari ini.
Katanya, mujurlah ada NGO yang aktif dalam membela wanita teraniaya seperti SIS ni.

“Tapi malangnya sampai hari ni tak dengar sepatah pun perkataan NGO ini mahu membela nasib mangsa rogol berkenaan. Kenapa ya?

“Dana pun dah ada, sepatutnya tiada masalah bagi SIS untuk membela mangsa tu betul tak,” tambahnya lagi. – MediaUMNO

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...