Saturday , August 17 2019
Home / :BLOG: / #MaluApaBossKu : PAC – Satu Lagi Janji PH Dicapati

#MaluApaBossKu : PAC – Satu Lagi Janji PH Dicapati

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di bawah kerajaan BN semasa saya PM adalah dari parti pemerintah.

Manakala, Timbalan Pengerusi PAC adalah sentiasa dari parti pembangkang.

Sebelum PRU14, PH mengkritik perlantikan ini dengan hebat.

Mereka kata Pengerusi PAC patut dipilih dari wakil parti pembangkang kerana ini akan menguatkan proses semak dan imbang serta ketelusan kerajaan.

Oleh itu, PH berjanji dalam manifesto mereka bahawa Pengerusi PAC akan dipilih dari wakil parti pembangkang.

Itu janji mereka.

Tetapi realiti hari ini di bawah kerajaan PH ialah kedua-dua Pengerusi dan Timbalan Pengerusi PAC adalah dari parti pemerintah berbanding Pengerusi dari parti pemerintah dan Timbalan dari parti pembangkang di bawah BN.

PH janji mahu memperbaiki pengurusan negara tetapi apa yang berlaku ialah mereka telah melemahkannya pulak.

Ini bermakna satu lagi janji PH telah dicapati.

Tapi saya rasa Raykat sudah biasa dengan PH mungkir janji.

Raykat dah lama basah.

Komentar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading...